.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 5, 2018

Tajuk 867: Mind Set SV Novice

MIND SET SUPERVISOR NOVICE !
Pernah kah terlintas difikiran SV yang "fresh and novice" persoalan seperti:
1. Apakah persediaan aku utk jadi SV yang komited?
2. Adakah aku boleh memberi komen yang constructive?
3. Adakah aku mampu memperkasakan supervisee aku?
4. Adakah aku hanya menjadi beban kepada supervisee?
5. Adakah aku akan jadi ego kerana status quo?
6. Adakah aku sanggup luangkan masa utk membantu supervisee yang lemah tetapi bersedia utk berusaha?
7. Adakah aku bersikap terbuka dan lapang dada?
8. Adakah aku bersedia utk dicabar oleh supervisee?
9. Adakah aku akan menggunakan supervisee utk kepentingan diri?
10. Adakah aku bersedia berkongsi pengalaman utk meningkatkan pengetahuan supervisee?



11. Adakah aku tahu bagaimana nak mengurus supervisee aku?
12. Adakah aku akan minta menjadi 1st author tulisan hasil penat lelah supervisee
13. Adakah kerana menjadi PI, semua kerja aku serahkan kepada pelajar cum RA aku?

Aku ingin bersikap praktikal….. bahawa manusia samada SV dan supervisee… kedua2 pihak ada kelemahan dan kekuatan. Disinilah perlukan mutual understanding. SV takkan dapat supervisee yang “satu kepala” atau sebaliknya. Maka, mind set berikut boleh membantu mewujudkan persekitaran supervision yang profesional:

1. Tahu kelemahan diri masing2 dan cari jalan memperbaikinya. SV jgn berpuas hati dgn pengetahuannya sahaja, sedang research sangat luas. Supervisee pula mencari jalan menguasai asas dalam menjalankan research spt pengetahuan statistik, bukan mengeluh sahaja.

2. Berkomunikasi sebagaimana anda ingin org lain berkomunkasi dgn anda. SV jgn menjadikan pangkat sebagai tanda superiority sehingga selesa melihat supervisee merasa inferiority.

3. Kejayaan supervisee adalah kejayaan SV juga. Jgn sekali2 mengekploitasi supervisee dalam apa bentuk sekalipun.

4. Elakkan mengeluarkan bahasa berbaur feudal kerana SV bukan penguasa dan supervisee bukan hamba !!

5. SV tidak sepatutnya berasa malu jika sekali sekala belajar sesuatu yang baru dari supervisee.

6. Akuilah jika SV sendiri tidak mengetahui sesuatu isu / fakta / info… dan bertanya pada clique yang lebih senior atau sesiapapun yang ada kepakaran.

SV berada dalam zon yang lebih selesa, tidak tertekan dan terbeban secara direct berbanding dgn supervisee yang mempertaruhkan 4,5 tahun masa, harta dan tenaga utk graduated. Klu supervisee kena resubmission masa VIVA, SV tak terkesan mana pun... sedang supervisee rasa bagai langit runtuh.

Berbanggalah jika supervisee anda mencapai kejayaan… kerana ia juga kejayaan anda..... dan hargailah hubungan SV-supervisee kerana hubungan ini SV berjaya menyenaraikan puluhan artikel yang akhirnya membawa kepada promotion !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...