.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, January 12, 2016

Tajuk 838 - Ianya... ini kerana... di mana... ia... BM dalam tesis

Jika anda guna BM….tesis, buku, artikel akademik, minit mesyuarat...

Please lah guys…

Ramai juga yang tulis tesis dalam BM spt kawan2 aku di UKM. Ayat dalam tesis jgn puitis, kabur, berselindung, malu-malu, syok sendiri tetapi mesti explicit. Aku bukan cikgu BM, tapi benda2 asas tu aku tahulah, sebab aku dah ambik BM masa SPM. Paling geram, yang buat kesalahan lazim ni termasuk cikgu sekolah… ntah apa2...

1. Pertama – ia / ianya
Sila taip perkataan "ia" atau "ianya" pada tool "Find" atau "Navigation" MS Word dan lihat berapa banyak perkataan tersebut wujud dalam tulisan anda? Perkataan "ia" adalah vague kerana pembaca sering tercari2 maksud perkataan "ia" tersebut. Perkataan "ianya" memang sah2 salah sebab kedua2nya adalah gantinama.... tak boleh digandingkan sekali.

Contoh: 
Kurikulum matematik sebagaimana kurikulum sains masih bersifat abstrak kerana lebih mengutamakan penyelesaian masalah hipotetikal berbanding masalah sebenar sehingga ia / ianya menguntungkan pelajar pandai berbanding pelajar yang lemah.

Apakah maksud ia /ianya? - kurikulum matematik ? kurikulum sains ? abstrak? hipotetikal ? masalah sebenar? semuanya sekali? atau ?

Kenapa tidak tulis begini sahaja....

Kurikulum matematik sebagaimana kurikulum sains masih bersifat abstrak kerana kedua-dua kurikulum tersebut lebih mengutamakan penyelesaian masalah hipotetikal berbanding masalah sebenar. Kurikulum matematik yang abstrak cenderung memberi kelebihan kepada pelajar pandai berbanding pelajar yang lemah.

Bayangkan jika ada beribu-ribu perkataan "ia / ianya" .... nak muntah bro…

2. Kedua - untuk... bagi... ini kerana.. di mana ianya...
Berikut 5 contoh ayat kelaziman bila menulis tesis....dan jika dilakukan berulang kali bukan sahaja "vague" tetapi "memualkan".... diikuti dgn contoh ayat yang aku cadangan

a. Tujuan statistik deskriptif dijalankan ADALAH SUPAYA menunjukkan ciri-ciri …. 
- Statistik diskriptif dijalankan bertujuan menunjukkan ciri-ciri …

b. Statistik inferensi penting DI MANA IANYA boleh digeneralisasi... 
- Statistik inferensi penting kerana dapatan yang diperolehi boleh digeneralisasikan...

c. Objektif kajian ini ADALAH UNTUK menentukan tahap.. 
- Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap....

d. Pengukuran nilai purata berat 100 buah durian tidak sama seperti mendapatkan pengukuran nilai purata pendapat 100 responden terhadap sesuatu isu. INI KERANA IANYA melibatkan .... 

- Pengukuran nilai purata berat 100 buah durian tidak sama seperti mendapatkan pengukuran nilai purata pendapat 100 responden terhadap sesuatu isu. Perbezaan ini wujud kerana proses pengukuran kedua-dua pembolehubah tersebut melibatkan....

3. Ketiga – dan lain-lain
Amende yang dll tu? Mana pembaca tahu apa yang anda maksudkan dgn dll, entah2 anda sebenarnya tak tahu pun… so tulis jer dll…

Statistik deskriptif meliputi prosidur UNTUK memerihalkan kriteria penting BAGI sesuatu sampel supaya IANYA difahami seperti jadual, carta DAN LAIN-LAIN.

- Statistik deskriptif meliputi prosidur memerihalkan kriteria penting sesuatu sampel dalam bentuk persembahan visual seperti jadual, carta atau graf.
note: Jadual, carta atau graf adalah contoh sahaja bagi suatu bentuk persembahan visual.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...