.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 26, 2015

Tajuk 712: 10 - Pesanan semula pencarian tajuk kajian.

Satu skrip klise calon PhD:

"Boleh tidak saya buat PhD berkaitan Sistem Pengurusan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah - sistem membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan)"




Aku tanya kenapa?

Jawabnya dengan mata bersinar2 spt mata Neelofa selepas mengenakan hijap... "Sistem tersebut banyak kelemahan..... dan tidak berasaskan cloud computing.... saya dah ada pengalaman ribu2 data hilang.......”

Aku tanya lagi "Itu jer alasannyer"

Dia jawab penuh semangat persis Felixia Yap ditanya penghijrahannya...

"Paling best masalah ni masih belum dikaji lagi...dan ada impak kepada KPM."

Aku tanya "Apa teori yang U nak guna?"

Dia jawab dengan tenang, setenang Mizz Nina "Kenalah carilah dalam journal..... "
Aku sambung lagi "Katalah U sedang jalankan kajian .... dah abis 6 semester....tiba2 KPM mansuhkan PBS, lantik panel untuk ganti dengan sistem baru atau upgrade sistem tersebut menggunakan platform cloud.... apa jadi dengan kajian u?"

Emmmmm.... kena PBS lah.....Pi Buat Semula !!

Pandangan sempena Kong Xi Fa Cai...esp kepada pelajar sains sosial.... carilah topik dan kemudian tajuk kajian yang:

1. tajuk yang mendalami kajian dalam bidang anda mengatasi kajian bidang baru bagi anda
2. tajuk yang mengutamakan motif akademik mengatasi motif peribadi anda (atau motif mendapatkan grant atau pihak lain)
3. boleh sumbang "some new understanding" mengatasi "fix somebody else or even government's / sponsor's problem"
4. telah ada beberapa teori yang jelas mengatasi pencarian yang belum pasti
5. isu dalam "main stream" mengatasi isu pinggiran wpun tgh hot !
6. mempunyai specific sampling frame
7. tajuk yang catchy jika diterjemah utk pembentangan dalam conference atau publication bagi bacaan international readers
8. mempunyai isu bersifat international mengatasi isu local...
9. diperolehi dari bacaan intensif dan extensive dari pelbagai sumber mengatasi pujukan intensif dari mana2 pihak lain
10. jika boleh dan sesuai..... ambil peluang buat mixed method mengatasi single method !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...