.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, June 14, 2014

Tajuk 609: Heuristic Vs Algorithmic: Mengapa calon master / PhD mudah confused !

Sering terjadi SV akan meminta pelajar berfikir sendiri atau terus membaca apabila diajukan kemusyhkilan atau soalan berkaitan kajian. Ada 2 kemungkinan:

1. SV tak tahu apa yang ditanya pelajar
2. SV sengaja nak uji pelajar…. 

Walau apapun kemungkinannya… pelajar terus strucked dan confused… sebab tak tahu apa lagi yang nak dibaca atau nak difikirkan. Cayalah tak cakap den ?

Kenapa ini berlaku….?

Ini kerana research bersifat heuristic iaitu tidak ada satu method tertentu yang khusus utk melakukannya…. dan sesuatu yang heuristic memerlukan lebih dari sekadar membaca dan berfikir sama ada dalam kotak apatah lagi diluar kotak.

Research dikatakan heuristic kerana ia adalah ill-structured or ill-defined problem. Maknanya…. setiap research terbuka utk dijalankan dgn berbagai pendekatan…. malah jika satu tajuk yang sama pun boleh dijalankan dengan beberapa method…. Asalkan menepati objektif kajian.

Oleh itu.. hanya mereka yang berpengalaman dan pakar berkeupaya berfikir secara heuristic. Oleh sebab itulah….. bila ada isu2 berkaitan sesuatu perkara… hanya pakar sahaja yang diminta berikan pendapat… bukan novis…. 
Calon master /PhD adalah novis. Mereka lebih banyak berfikir dan bertindak secara algorithmic…. iaitu ikut prosidur satu persatu. Bagi mereka, kajian akan menjadi mudah jika ianya bersifat well-defined atau well-structured research. Sebab itulah jika apa yang dibaca dan difikirkan oleh pelajar ini disergah oleh SV…. maka panic lah mereka serta bertambah2 confused lagilah fikiran mereka.

Mereka bukan tidak membaca…. Malah ada yang dah membaca ratusan artikel ….. dan maybe dah berfikir keluar dari semua kotak yang ada…. tapi masih ada kemusykilan yg “tak tercapai aqalku”…. Bukan itu sahaja…. Nak tukar ayat dalam questionnaire pun mereka takut… menggigil seluruh jasad sebab tidak ada pengalaman….. sedang SV tak komenpun apa2....

Disinilah INTISARI SUPERVISION YANG DIPERLUKAN OLEH PELAJAR….. DALAM HAL-HAL HEURISTIC…. bukan setakat suruh baca dan berfikir….tapi yg penting membimbing pelajar dgn berkongsi pengalaman sedikit demi sedikit sehingga mereka mendapat panduan yang jelas.

Jgn biarkan mereka berfikir dan terus membaca ….dan membaca.. tapi bagilah senario yang jelas yang mereka mungkin tidak pernah lalui lagi.. sebab itu mereka mudah confused n panic....

Jgn bimbang…. sampai masanya… pelajar ini akan menguasai heuristik kajian dan bakal menjadi pakar juga…. sebab SV dulupun begitu… bukan tiba2 jadi pakar !!

Arahan seperti “U buatkah intervention…. dan kawal lah extranoues variables….. kenalah tahu caranya dan berfikir….. sebab u yang buat PhD” tidak banyak membantu pelajar… sebab merekapun tahu membaca dan berfikir…. tapi lebih secara algorithmic dari heuristic ! Minta pelajar jelaskan satu persatu dan bimbinglah mana2 kemungkinan yang pelajar akan hadapi masalah…..

Jadi supervision bukan sekadar mengarah pelajar yang novis dan masih dalam dunia algorithmic khususnya berkaitan research utk terus membaca….. berfikir…. tanpa feedback yang jelas utk mereka menambah pengetahuan dan pengalaman.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...