.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 5, 2014

Tajuk 554: Elakkan menulis "as cited in"

Ini idea yang aku tulis apabila membaca proposal yang bersepah2 dgn "as cited in"... sampai naik bulu roma aku..

Bila terjumpa satu statement PENTING berkaitan kajian sendiri dari bacaan satu astikel katakan  Abu (2010) yang menulis dan merujuk pula kepada  artikel Ali (1970)…. selalunya pelajar rephrase petikan tersebut dan menulis sebagai “……… (as cited in Ali, 1970)”.

Sebelum anda buat begitu… aku nak anda fikirkan:

1. kalau statement Ali (1970) tu memang PENTING, anda mesti dapatkan sumber asal dan baca full text

2. jika sumber asal  Ali (1970) tersebut adalah journal yang dipublised…. tak ada alasan anda tak boleh dapatkannya.. by hook or by crook....

3. kalau anda tulis juga ……..(as cited in Ali, 1970) anda merendahkan martabat tesis anda sendiri…

Kenapa plak?

Anda boleh tulis (as cited in Ali, 1970) HANYA jika sumber tersebut sukar diperolehi kerana milik peribadi sudah tidak disimpan lagi seperti transcript temuduga, email, surat atau buku dalam bahasa yang hanya difahami oleh penulis sumber yang dirujuk, buku klasik yang dah tak diketahui lagi lokasinya, dokumen yang telah diklasifikasikan sebagai “confidential” atas sebab2 tertentu dan tidak didedahkan lagi… 

Cara lain yang lebih bermaruah bagi elakkan “as cited in”…. dgn menulis secara direct quotation spt contoh berikut:

As Abu (2010) noted “……………..(petikan terus dari Abu (2010) yang ada pernyataan penting tersebut……… (Ali, 1970)”.

Dgn cara ini senarai rujukan anda hanya memerlukan Abu (2010) tanpa perlu Ali (1970) kerana Ali (1970) telah menjadi sebahagian direct quotation”

Jika kajian anda biasa-biasa sahaja bukan melibatkan sumber sejarah, perbualan dgn tokoh2 yang dah meninggal, sumber rujukan bahasa asing atau confidential...."as cited in" tak sepatutnya ada...

Ada faham?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...