.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 21, 2013

Tajuk 485: Membina hirarki tema sub-tema network ATLAS.TI

Salam bro..... tulis pasal apa pulak malam ni?

Wsalam.....aku nak menulis entry ini bagi menjawab persoalan kenalan aku di Adelaide dulu iaitu Puan Anizam. Aku geng dengan hubby dia masa tu.... yang kini lecturer UTHM. Oleh kerana ATLAS.TI ni adalah tool sahaja maka pandai2lah user menggayakannya bagi menjawab persoalan kajian.


Yang tudung puple tu Pn Anizam @ Acik

Apa yang ditanya?

Dia tanya - bagaimana nak buat tema dan sub-tema secara hirarki dalam network ATLAS.TI.macam makanan ada bermacam2 spt nasi.... nasi pulak ada bermacam2 spt nasi lemak dan nasi briani gam... camner nak tunjukkan dalam network?

Fuhhh.... soalan tahap PhD tu !!

Tak der lah.... cuma aku nak diingatkan, ATLAS.TI tak tahu apa2 pun yang tercatat dlm transkrip. ATLAS tak tahu nasi tu apa, briani tu apa.... yang tahu penyelidik saja. Kalau ko main taram sahaja samalah macam omputih kata garbage in garbage out !!

Jadi penyelidiklah yang bertanggungjawab membuat coding yang betul..... bukan ATLAS. Kalau ko nak ATLAS yang susun..... sama macam ko duduk dalam kereta then suruh kereta tu bawah ko pergi ALAMANDA....sambil ko duduk menyandar baca majalah....manalah benda tu tahu.....

Abis tu camner?

Aku nak bagi contoh yang simple2 dan sempoi2 jer.... dah faham boleh ler ko buat sendiri yang canggih2.... sama macam ko blaja kereta... bawa dulu dekat2.... then dah terror baru ler ko pusing satu Malaysia !!

Katakan ko ada 4 partisipan P1, P2, P3 dan P4 yang ditanya pasal "Kesukaan", "Apa yang dia suka" dan "Jenis apa" yang dia suka - Katakan dalam transkrip tu partisipan cerita panjang lebar tapi ni saja intisarinya yang ko nak coding....sesuai dengan persoalan kajian ko....



Ko pun buat lah open coding - masa ni ko kena fikir utk gunakan coding dengan nombor mewakili hirarki 3 level seperti tema 1, 2 dan 3 berikut:

1_kesukaan (eg: suka makan)
2_suka apa (eg: suka makan nasi)
3_jenis apa (eg: suka makan nasi arab)

Prinsip yang perlu ko ingat adalah..... sub tema terbawah ko click and drag ke atas sub tema yang di atasnya dan seterusnya 

Subtema ni ko tentukan sendiri, ATLAS mana tau mana tema atau sub tema terbawah atau tertinggi....

Maknanya jika ada 4 lapisan tema.... subtema 4 drag atas sub tema 3 dan kemudiaan sub tema 3 drag atas 2...kemudiaan sub tema 2 drag atas tema 1...




Jalankan proses coding spt berikut:


Selepas selesai coding keempat2 transkrip, buka Quotation Manager - maka terpaparlah senarai quotation...

Ko perlu mulakan proses link dengan hirarki paling bawah iaitu 3_jenis apa. Lakukan ini:

1: Link Quotation

Buka quotation manager. 

Bagi partisipan pertama (1:3):
Highlight "3_jenis apa" dan drag ke atas "2_suka apa"


Sebaik sahaja ko drop atas "2_jenis apa" akan muncul Link to quote 1:2 dan ko pilihlah katakan "explain" atau mana2 yang ko suka atau ko nak buat barupun ok (dalam link editor)



Ulangi langkah di atas dgn hirarki kedua dan pertama iaitu "2_suka apa" dengan "1_kesukaan"

Highlight 2_suka aku dan drag atas 1_kesukaan....akan kuar "Link ti quote 1:1" dan ko pilihkan "explain"



Selepas selesai dengan partisipan pertama, ulangi proses yang sama dengan partisipan kedua (2:1), ketiga (3:1) dan keempat (4:1). 

Inilah hasilnya.




2: Link antara Codes

Buka Code Manager pulak. Ko ada 3 code jer.

Lakukan seperti langkah link pada quotation di atas dengan link antara codes. Highlight code terbawah iaitu "3_jenis apa" dengan drag ke atas code "2_suka apa". Kemudian Drag code "2_suka apa" ke atas "1_kesukaan".




3: Network

Buka network dan namakan net1.
Import nodes - Codes (1_kesukaan; 2_suka apa; 3_jenis apa) dan network berikut terhasil dalam bentuk hirarki. 

Inilah hirarki tema dan sub tema yang dah boleh ko masukkan dalam analisis data dan interpret. 

Jgn import dulu quotation pada masa ini...


4: Network quotation

Dari network di atas, ko boleh import pulak quotation sama ada melalui import nodes - neighbour atau pun ko right click import neighbour....maka inilah hasilnya !!



5: Baiki network

Jika network di atas terlalu semak, ko boleh right click atas link tu dan "cut link" supaya tinggalkan link yang bermakna sahaja seperti berikut yang menjadi network dengan tema dan 2 sub-tema secara hirarki !!



Inipun masih terbuka kepada cara ko ingin persembahkan network ko. Jadi explore dan jgn menganga jer.....

OT




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...