.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, May 4, 2013

Tajuk 479: Siapalah SV tanpa Supervisee - SV retaliate supervisee takut?

Bermula dgn mood PRU. Aku sungguh terharu bila melihat saban PRU calun berlumba2 jumpa masyarakat…. Tak kira siang dan malam, panas dan hujan…. seperti menjadi satu dosa besar jika tidak berbuat demikian... maklumlah bakal "wakil rakyat"...dgn wajah tersenyum sambil berjabat tangan tak kira sapa..... malah datang tanpa diundang....dramatik sungguh...malah ada yang kena tegur direct dgn masyarakat marhaen.... calun tu iyakan sahaja macam TAKUT sangat........


Dakwat hitam.... tertunai tjawab sebagai pengundi....

Bagi calon baru, aku tak ler kisah sangat klu macam tu, tapi bagi calon yang dah pernah menang 2,3 kali, sebaik sahaja menjadi YB… spt tiada masa pula nak merayap menemui masyarakat... malah datang diundang pun susah nak dapat apatah lagi tak diundang....inikan pula nak saja2 YB nak jumpa masyarakat marhaen sehingga masyarakat kena pulak buat appointment bila nak jumpa YB…. kadang2 sepanjang tempoh menjadi YB pulak tu....! Tiba2 masyarakat takut pada YB.... pelek kan ?

Di atas kisah YB dgn rakyat marhaen. Ini pula kisah masyarakat intelectual menara gading - SV dan supervisee. Satu yang aku pasti, semua calon master / PhD adalah calon yang matang namun mereka sangat takut dengan SV. Kalau masyarakat marhaen takut jumpa YB kita boleh faham....ini supervisee ada yang berpangkat, CEO, ketua jabatan, guru besar berpengalaman dll…. tapi tetap takut dengan SV... pelek kan?


Ini message fresh saya terima melalui fb ketika tajuk ini ditulis:

Dr OT
Sem satu dan dua saya terpinga2...tak tahu apa itu problem statement pun..saya minta tolong SV apa harus saya lakukan..lagipun saya fresh graduate..SV mendidik saya dengan ketegasan dan garang hinggakan saya takut untuk berjumpa..

SV cakap dia takkan ajar saya...setiap hari saya duduk library tanya senior2 tentang phd..dapat juga ilmu cuma saya tak tahu macamna nak buat kajian saya..yang saya tahu kajian orang yang terangkan kajian dia..baca jurnal dengan betul pun saya tak tahu..saya rasa saat tu sangat stress 

saya makin tertekan dengan SV..saya menangis sahaja masa tu..sem3 saya tekad ubah SV..SV saya sekarang sangat baik..beliau bagi motivasi....buat saya sangat semangat..dan saya baru dapat hasilkan tajuk..

Alhamdulillah sem4 dapat siapkan..cuma dalam proses penambahbaikkan lagi..saya nak habiskan phd walau tanpa tajaan nanti..In shaa allah doakan saya .

5 Mei 2013
00.45 am

Message di atas menunjukkan SV spt membiarkan supervisee terkial2 tanpa bimbingan yang wajar sehingga terpaksa pula bertanya kepada rakan2 PhD.... nilaikanlah sendiri sikap SV tersebut dan tindakan menukar SV yang dilakukan oleh penghantar message adalah tindakan yang sangat wajar... akhirnya membuahkan hasil...... so jgn takut.

Agaknya jika ditanya secara umum kenapa ramai supervisee takut dengan SV.... maka selain dari kes dalam message di atas....antara jawapan adalah seperti:
  • Takut SV gagalkan dalam defend proposal
  • Takut SV tak membantu dalam membuat kajian 
  • Takut SV tak memberi feedback kepada penulisan tesis 
  • Takut SV tak back up masa presentation 
  • Takut SV tak nak layan atau jumpa 
  • Takut sebab SV tu Professor…. makam dia tinggi woo… 
  • Takut susahkan SV yang sibuk… sure dia tak layan… 
  • Takut SV tanya macam2 tak leh jawab…. 
  • Takut SV smash “Camner nak buat PhD klu semua tak tahu…” 
  • Takut sebab yang tak diketahui…takut tu datang dgn sendiri….rasa inferiority complex (yang ini kena berubat !!) 
  • Lain2 tambah lah sendiri...

E
mm.. perhatikan scenario berikut sebagai contoh. 

Pertama:
Jika supervisee mula-mula datang jumpa SV bagi bertanya beberapa perkara tentang research, maybe rapport pertama penerimaan yang acuh tak acuh, SV yang serius sambil menyuruh supervisee tu jgn jumpa sehingga faham apa nak dibuat maka terbit rasa takut utk mengadap SV sejak awal lagi... 


Pernah aku dimaklumkan seorang Prof berkata kepada sekumpulan supervisee dgn ucapan "Welcome to the hell" yang dirujuk kepada siksanya utk menjadi calon PhD. Hal ini disebut berulang2.... sehingga menakutkan...

Kedua: 
Supervisee aturkan 2, 3 perjumpaan tapi masih gagal berjumpa SV sebab kesibukkan SV, maka terbit rasa takut utk menemui SV yang sibuk memanjang....

Ketiga:
SV menyuruh supervisee memilih kajian yang tidak dia tidak familiar…. maka timbullah ketakutan… takut yang difahami tidak menepati kehendak SV…

Keempat:
Sikap SV yang tak friendly, acuh tak acuh, bercakap seperti supervisee tidak tahu apa-apa, enggap menurunkan pengalaman membuat research....memberi amaran awal-awal tentang perkara yang dia tak suka dan yang sewaktu dengannya…. apa lagi ketakutan lah supervisee


Lain-lain tu tambah ler sendiri.....

SV memang tidak bermaksud utk mengabaikan supervisee. Namun scenario di atas menunjukkan secara tidak sedar ada unsur  RETALIATE atau dalam bahasa sempoi marhaen bermaksud …. “membalas sesuatu kepada pihak yang tidak disenangi…”. 


Kewujudan supervisee spt menyusahkan SV malah "seperti" tidak disenangi secara tidak sedar. Wpun tidak semestinya benar dalam kebanyakkan kes..... malah tidak ada INTENTION pun utk bersikap begitu.....namun sikap AUTHORITARIAN SV seperti mengiyakannya.....

Apabila SV mula menunjukkan sikap relatiate… supervisee akan rasa stress dan takut. SV yang retaliate akan keluarkan alasan yang tidak wajar seperti memberikan alasan antaranya bahawa:


  • Segala penulisan dan kajian adalah tanggungjanwab sepenuhnya supervisee.... SV tak ada masa nak beri guide 
  • Supervisee tak boleh lansung di spoon feed malah patut tahu by hook or by crook kajian dia sendiri, apasal nak tanya lebih2 pada SV?
  • Mengharapkan supervisee memahami bahasa badan dan bahasa amarah SV
  • Mengerah supervisee membuat penerbitan tanpa memberi bantuan yang signifikan... tapi nama SV jgn lupa letak sbg pengarang... kalau boleh first author !
  • Paling sadis apabila SV sendiri attack supervisee semasa presentation…. semua tak betul.... malah perkara ini lazim dialami pelajar...
  • Lain2 tambah ler sendiri..

Semua di atas adalah tindakan retaliate yang tidak wajar dilakukan oleh SV kerana tindakan tersebut bukan sahaja tidak menepati tugas hakiki SV yang mesti membimbing supervisee tetapi juga menanam ketakutan yang sedia wujud dalam diri supervisee !! 

Kenapa agaknya semua ini berlaku?

Sukar nak ditelah namun ada kebenarannya jika sikap retaliate diatas terjadi secara sedar atau tidak apabila....


  • SV fikir membimbing pelajar adalah tindakan spoon feed sedang kedua2nya tidak sama
  • SV fikir dirinya ada autoriti utk buat apa sahaja
  • SV fikir dirinya kalis kritikan dari supervisee
  • SV rasa SUPERIORITY complex terhadap supervisee



Aku nak jelaskan sedikit bagi mengurangkan rasa takut tersebut. Baca dgn baik-baik....


Pensyarah mempunyai tugas utama / hakiki antaranya adalah pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penerbitan, pentadbiran. Aku cuma nak sentuh aspek penyeliaan, penyelidikan dan penerbitan kerana ketiga2nya saling berkait dengan supervisee dan pelajar postgraduate. 

Ketiga2 tugas utama ini sepatutnya menyebabkan SV lah yang patut berasa takut kepada supervisee bukan sebaliknya.

Kenapa pulak?

Pertama:
Penyeliaan adalah satu tugas utama yang perlu dijalankan dengan baik dan efisyen sebagaimana tugas pengajaran dan pentadbiran. Penyeliaan juga tidak akan berlaku jika tiada supervisee. Bukanlah dinamakan penyeliaan jika dari A sampai Z supervisee yang fikir, buat dan decide…. SV hanya sergah sahaja mana yang tak betul.

Kedua:
Berapa banyaklah research yang SV boleh buat sorang2…. tanpa geran? Sebab itulah supervisee lebih hebat, sebab boleh buat research wpun part time tanpa geran. Jadi SV patut berterima kasih kerana mendapat manfaat daripada research yang dilakukan oleh supervisee khususnya dari segi pengetahuan terkini yang dikongsi bersama.

Ketiga:
SV patut berasa takut jika hanya ada 1,2 supervisee utk mendapatkan penerbitan, berbanding dengan SV yang ada 7,8 supervisee !! 

Ketahuilah betapa bilangan penerbitan ini sangat didambakan bukan sahaja oleh SV, tetapi juga oleh Fakulti, Sekolah, Jabatan, malah IPTA sendiri. Dan sebahagian besar sumbangan penerbitan ini datangnya dari penerbitan pelajar postgraduate.... khususnya pelajar PhD... sehingga pihak IPTA meletakkan pra-syarat penerbitan kepada calon PhD !!

Keempat:
KPI bagi setiap SV juga bergantung kepada bilangan supervisee yang berjaya digraduatekan…. Maka SV lah patut takut jika tiada supervisee yang berjaya diluluskan…

Cukuplah 4 alasan sempoi di atas yang meletakkan betapa berharganya supervisee kepada SV ibarat kata “Siapalah SV tanpa supervisee” !! Ironinya, SV pulak yang seperti satu2nya pihak yang diperlukan oleh supervisee sedang hakikatnya adalah sebaliknya.

Sebagai kesimpulan, memberikan penyeliaan adalah tjwab hakiki SV kepada supervisee supaya supervisee berjaya menjalankan kajian dan menerbitkan artikel. Ini tidak bermakna supervisee boleh goyang kaki pulak .... tetapi sayugia disebutkan bahawa tetap ada ruang utk s
upervisee “demand” utk mendapatkan penyeliaan terbaik tanpa rasa takut dari SV khususnya di awal2 semester... bukan awal2 lagi dah kena sergah.....then dibiarkan memcari haluan sendiri..... kuss semangat !

Malah menjadi kewajipan SV contohnya menyediakan masa yang secukupnya utk penyeliaan pelajar … sebagaimana masa disediakan utk pengajaran atau  tugas2 pentadbiran....bukan supervisee macam orang terhegeh2 pulak utk berjumpa SV !!

Aku sekadar membuka sedikit ruang minda utk supervisee berfikir supaya tidak perlu ada ketakutan kepada SV supaya ada mutual understanding dan responsibility....

Selamat mengundi dan lakukan perubahan.... utk masa depan yang lebih baik dan berani....

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...