.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 28, 2013

Tajuk 447: Bila kita jadi atok dan nenek......

Diam tak diam aku dah tulis hampir 450 tajuk pasal research dan statistik... cam tak caya jer ... fantastik !! Kali ni aku nak melenconglah sikit....sekali sekala terasa penat otak kau ni tulis benda2 serius ni... 

Last saturday aku dijemput mengisi bengkel utk sekumpulan pensyarah sebuah IPTA yang sedang melanjutkan buat PhD dan Master. Banyak soalan2 yang power ditanyakan... maklumlah semua nak cepat2 siap sebab dah bertahun tak siap2... sampai JPA hantar surat "siap kau !"

Semasa aku menikmati kopi selepas bengkel... ada seorang pensyarah agak senior sambil tersipu-sipu ajukan satu pertanyaan...

"Dr nampak maintained jer... ada amalkan apa2 ker.... atau makan apa2?"

Walaupun aku ditanya soalan yang power2 semasa bengkel.... tapi soalan di atas termasuk dalam kategori superpower ....terkedu aku nak jawab !!

Aku dah jawab soalan tu dalam Tajuk 285 blog ini....yg berstatus 18 sx.... boleh ler baca... dan kalau nak tahu lebih lagi....banyak petua awet muda....google jer... dari minum air masak lapan gelas... tidor awal... senyum sampai ketelinga... bubuh bedak sejuk.... baca Al-Quran...sampailah ke iklan jamu dan ubat tradisional awet muda ... siap dengan photo "Before" and "After" lagi, cuma diaorang terlupa jer nak tulis perkataan "Photoshop" selepas perkataan "After" tersebut....

Aku akan jadi warga emas.... sekali lagi cam tak caya jer.... tahun ni aku sambut jubli emas... yang ke 50...syukur Allah beri kesempatan menghirup oxigen dan mengeluarkan karbon dioksida utk digunakan oleh tumbuh2an bagi membuat makanan melalui fotosintesis ....kebetulan sama plak dengan Tabung Haji yg juga sambut jubli emas... cam tak caya juga bila TH dan semua agensi kerajaan  tahun ni bagi deviden lebih sikit dari tahun2 sebelumnya....  ada apa2 ker? Tak kisahlah asalkan aku dapat pergi haji tahun ni jika ada rezeki.... membawa orang tua ku.... dah pasang niat lama dah....

Aku nak tulis skit pasal hari tua ni. Ko pun akan sambut jubli emas jugak bro....Ini pengalaman aku di Adelaide. Tentu ada yang kerut dahi...menambah kerut yang ada....apalah OT ni ....asyik2 Adelaide...ceritalah pasal Rembau ker... Kolopilah ker... menyampah den !! Menyampah ker.... tak dapek den nak tolong tu...

Apapun jika ko berkesempatan tinggal lama skit di Australia, ko akan tahu betapa ramai manusia yang asalnya "sengsara" di bumi sendiri, pelarian.... tinggal dikem tahanan....dapat hidup senang lenang di Australia. Ingat tak Pulau Bidong yang menempatkan  pelarian Vietnam suatu ketika dulu? Kini mereka hidup senang di Adelaide... malah memiliki rumah, kedai dan bengkel yang besar2.... Perpatah "hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegeri sendiri" tak selalu pun releven bro. Sebab kalau di Vietnam, bukan batu .... hujan peluru !!

Aussie (panggilan mat salleh di Australia) ni ada konsep menghadapi hari tua secara produktif, bahagia dan ceria... walaupun umur menjangkau 80an dan 90an.. mereka masih boleh menyumbang. Aku tertarik dengan konsep memberikan kualiti hidup yang terbaik kepada warga emas di sana....contohnya dengan membina retirement village, RV di seluruh Australia, salah satunya adalah Kalyra Height Village di Adelaide.




Amende RV ini? RV adalah spt kawasan "elite" yang dibina dgn rumah yang sederhana besar selalunya utk dua orang. Rumah ini boleh dibeli atau sewa. RV ini sangat exclusive segala kemudahan terutamanya perubatan, library, court dan sudah pastilah church...  

Sesiapa sahaja boleh membeli rumah atau sekadar menjadi ahli RV tersebut utk bersama menjalankan aktiviti dan menumbang tenaga. Masuk sahaja ke dalam RV, ko akan lihat perbagai  aktiviti dari keagamaan sehinggalah sukan dan charity....apa sahaja yang sesuai dengan kepakaran dan kudrat yang mereka ada. Anak-anak dan cucu-cucu pun turut terlibat sama. 

Mereka yang ada rumah sendiri tetapi berada di RV utk menyumbang tenaga dan fikiran. Ada yang terus menjual rumah dan membeli rumah di RV. Ramai yang mula menabung semasa bekerja atau mengambil insuran supaya hari tua mereka dapat berada dan terlibat dalam RV. 



Kalau aussie hantar ibu bapa mereka yang sudah tua dan membiayai perbelanjaan disini dianggap sbg satu penghormatan kpd ibubapa mereka. Telah menjadi kelaziman di Msia, ibubapa dibawa tinggal bersama anak2... sebab mereka dah tua...sehingga rumah pusaka di kg runtuh menyembah bumi.... dan ramai juga ibubapa yang akhirnya   terperap dalam rumah teres berdinding batu... bertingkap grill dgn aktiviti yang sgt terbatas.... nenek mungkin menjaga cucu dan yang atuknya pulak sekali sekali pergi ke masjid... dan bagi yang berada.... mereka mungkin menghuni banglow elite yang sunyi ..... sambil menghitung hari...


Yang muda akan tua juga
Asalkan terus bahagia....

Jangan tak tahu.... cucu dulu boleh manja dengan atuk hanya kerana  atok belikan ice-cream.... now... tak macam dulu sebab cucu semua dah ada ipad sorang satu....ada akaun FB dgn kawan yang beribu...tak heran mereka kepada atok yang satu.... atok lalu depan merekapun tak perasan... sebab asyik mengadap ipad macam nak pengsan....jadi dgn sapa atuk nak main....dgn nenek? Lama2 atokpun ada ipad.... main FB jugak...... takkan nak ber FB dgn nenek.....apatah lagi bila salah sorang dah tak ada... tentu makin sunyi....

Kadang2 bertanya juga ....kenapa konsep RV dengan acuan Malaysia tak ada? Kalau ada, Ustaz Don mesti menjadi tokoh popular untuk mengisi slot agama.... dengan cara beliau yang selamba...... 

Di Malaysia sebenarnya semua ada.... tak lama lagi ada Jurassic Park kat Melaka....fuyoo.... La ni semua mainan dan tempat untuk anak-anak ada blaka... tempat atok lepak jer yang tak ada...Kalau bukak Jurassic Park bolehlah atok temankan cucu2 tgk dinasour atau ke legoland..... mainan yang dah wujud zaman atok dulu. .... itupun kalau atok larat lagi nak berlari2 dgn cucu...

Kat Msia pun ada RV bro.... tapi selalunya dinamakan "rumah orang2 tua" ..... spt Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas. Rumah org tua di Malaysia ni lazimnya mempunyai kemudahan tersangat asas dan dipenuhi dengan kisah2 sedih dan lelehan airmata....jiwa sayu hati pilu.... apatah lagi bila tiba hari raya...."Silalah hulurkan sumbangan anda ke nombor akaun 1234XXXXXXX" 

Bukan aku tidak setuju dgn konsep Rumah Org Tua ni...sgt setuju sebab banyak membantu.....tetapi ramai bijak pandai yang kaya raya tentu juga kaya dengan idea utk menyediakan alternatif hari tua yang lebih gemilang, cemerlang dan terbilang....utk semua golongan. Malaysia juga tak kurang pakar2 gerontology utk memikirkan alternatif, program atau sesuatu utk sebahagian warga emas melalui hidup lebih bermakna sebelum mata terpejam utk selamanya....kerana kita semua pasti tua.... melalui kitaran yang sama....akan mengadap Allah yang Esa jua...

Jadi jgn salahkan aku kerana konsep RV ni aku lihat di Adelaide tu menarik otak aku ni utk berfikir....... setiap suburb ada RV.... yang sungguh cantik......tapi aku tak lihat di tanah air aku sendiri selain rumah orang2 tua.....Aku tidak tahu jika ada konsep RV ini di Malaysia.... 

Sekiranya ko nak terus jaga sendiri ibubapa dgn baik tanpa melibatkan RV pun tiada masalah..... teruskan berjasa kpd ibubapa yg dah tua.....kerana ini adalah tjawab anak-anak.....cuma aku terfikir ...konsep RV ini adalah alternatif dan sesuai utk memberi ruang dan peluang kepada kehidupan masa tua....bukan sekadar tinggal dirumah gitu2 aja....

Satu kesimpulan yang boleh aku buat....duit yang banyak dalam simpanan maybe tak banyak makna....anak-anak dan cucu-cucu belum tentu boleh menjaga.... tetapi selagi ada kudrat.... mesti disumbangkan....bukan sahaja pergi ke masjid tetapi boleh terus berkarya, menulis, charity dll....selagi ada kudrat....sementelahan tiada sorangpun akan terus muda....terus bergaya....termasuk aku.....dan korang jugak..... tak kira pangkat Dr, Assoc. Prof atau Prof.... atau tak ada apa-apa pangkatpun....dan tak kira betapa banyaknya petua awet muda yang ko ada...ko tetap akan tua...!! 











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...