.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, April 20, 2012

TAJUK 346: MENCARI PILOT ARTICLE GAYA DR OT... MEMANG BERDESUP !!

Malam dah masuk ke pagi. Kawan berbual aku maybe dah lama masuk tidor.... so terpaksalah aku bermonolog....


Jam menunjukkan 2.15 am. Mata tak mahu lelap....isteri berada dikejauhan kerana mengikuti kursus dua hari.....Nine baru sahaja aku dodoikan dgn sebotol susu......


Perlahan2 aku bangun membuka komputer.... sambil mengenang kembali saat2 ketika aku ingin mencari pilot article sebelum aku membuat permohonan menyambung study di Australia dahulu.... masa tu aku gunakan idea aku sendiri jer... yang kini aku namakan pilot artikel...


Dulu sangat sukar..... kebanyakkan artikel dalam hard copy. Jadi aku ingin simulasikan jika ketika itulah aku mencari pilot artikel tersebut... maka aku bayangkan "animasi" sebagai fokus kajian yang aku ingin jalankan dalam konteks pembelajaran....


Aku membuka web library UPM.... dan sengaja membuka ScienceDirect publication pula setelah aku mencuba SAGE Publication dalam tajuk 345. Aku mahu menguji cara sempoi aku mencari artikel.... Gaya Dr OT... 


Aku hanya gunakan strategy pertama gaya Dr OT .... iaitu menaip keyword "animation" dalam kotak TITLE. Menu Advanced Search pada ScienceDirect lebih friendly sebab ada kotak  TITLE, ABSTRACT, KEYWORD maka akupun menaip perkataan "learning" dalam kotak tersebut, sekali gus memberikan fokus kepada pembelajaran berkaitan animasi sahaja. 


Dengan adanya ruangan option "Social Science", aku tidak perlu  mengunakan strategi kedua, kerana ruangan ini telah menghadkan search termasuklah ruangan INCLUDE yang membolehkan aku memilih tick journal sahaja. Aku suka Advanced Search macam ini berbanding dengan SAGE....


Oleh kerana aku ingin mencari pilot article, maka aku tetapkan hanya artikel terkini dan sensasi dari 2010  hingga 2012 sahaja dipaparkan. Inilah print screennya.... perhatikan betul2...





Hasilnya adalah sungguh mengujakan.... aku memperolehi 17 artikel terkini (2010 -2012) yang fokus kepada "animation" dalam pelbagai bidang yang berkaitan "learning"...... phew.... sangat mudah jika aku ingin mencari gap, melakukan hybridization dan seterusnya mendapatkan teori dan instrumen serta mudah melakukan snowballing..... 


Berikut aku lampirkan 12 dari 17 artikel tersebut.... Ini baru satu publisher.....ScienceDirect..... emmmmm betapa mudahnya pelajar sekarang mendapatkan artikel....semuanya FREE dan boleh terus di download atau import dalam MENDELEY.... itupun masih ramai yang terkial2 hilang arah, hilang panduan....sehingga tak tentu arah.






Jam menunjukkan 2.31 am.... ini bermakna dalam 15 minit aku dapat 17 artikel sambil menyiapkan entry blog ini..... memang berdesup....... memang sempoi...


Cukuplah... esok ada bengkel.... peserta bengkel agaknya dah diulit mimpi indah...... dan aku nampaknya perlu memujuk  mata ini tidor barang seketika......... sambil memeluk NINE.....mudah2an diulit mimpi indah jua..... 


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...