.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, April 17, 2012

TAJUK 343: Tell your SV that u need this for your VIVA

Wow.... selalunya SV yang suruh student buat itu dan ini bro.... ko pulak sebaliknya suruh SV ler pulak....


Research tu kan hasil dari kedua2 pihak... SV dan supervisee.... tentulah ada give and take... macam supervisee yang tulis artikel... nama SV pun ada sama....


Apa yang ko  maksudkan dengan tajuk ko tu?


Sebenarnya aku reflect diri aku sendiri... macam cermin.... jadi aku buat dan harap2 dapat dibaca dan dimanfaatkan oleh bakal SV yang lain terutama yang muda2.... sebab aku ni dah masuk kategori otai.... sebab jadi lecturer pun dah masuk senja...


Jgn macam tu bro... aku tengok ko steady jer... masih terserlah ensem mu...


Ko nak bodek aku ker?


Tak lah...


Tahu tak bro....oral presentation atau VIVA Voce sebenarnya dah bermula lama sebelum supervisee siapkan tesis lagi bro..


Manalah kau tahu.... yang aku tahu sekali jer ....


Sebab itulah SV mesti buat perjumpaan serentak dgn semua supervisee, then mintak mereka bergilir2 present progress mereka di hadapan SV, committee dan supervisee yang lain. Dengan cara ini dapatlah aku komen sebab ada supervisee yang suara garau macam  Jamal Abdillah nyanyi lagu "katak melalak dihujung kampung" tiba2 bertukar jadi suara halus dara pingitan yang "boleh pandang2...(sekali jer) jangan pegang2...." yang malu2 kuching sebaik sahaja buka mulut nak buat presentation........atau ada supervisee yang siapkan slide yang penuh warna warni macam pertunjukkan sarkis atau yang suka sangat menulis kecik2 atas slide macam tulis sms dalam henfon.... dan yang penting dapat berbincang apa yang disampaikan....sambil tu supervisee dapat komentar tentang progress kajian yang dijalankan..... kan serampang dua mata tu !!


Ko buat ker macam tu?


Aah.... baru pun praktis.... aku jumpa supervisee aku alternate week dan mereka present guna powerpoint dpn aku dan depan semua supervisee aku.... walaupun sekejap tapi itu pengalaman ala-ala VIVA VOCE yang sgt berharga....bayangkan kalau ada 15 kali buat persembahan, tentu banyak yang supervisee dapat pelajari dalam persembahan mereka....ini tak termasuk defend proposal dan present masa seminar.....


Malah jika supervisee menunggu tarikh utk viva voce.... boleh sahaja SV aturkan satu VIVA VOCE simulation utk supervisee present..... dan supervisee boleh minta SV jadikan itu sebagai satu preparation sebelum saat yang mendebarkan itu datang.... 


Aah... bagus jugak idea ko tu bro...


Benda tu tak lama.... tapi sangat berharga kepada supervisee..... dan ko kena mintalah SV ko aturkan, bersekali dengan committee dan supervisee yang lain.... sama2 leh belajar. Kalau ko tak minta..... dia buat derk jer... sebab ko yang akan viva.... bukan dia... betul tak?


Emmm.....takutlak aku nak bagi suggestion macam tu...


Ala.....hanya perlukan masa dalam 40 minit sahaja.....boleh kan? Apalah gunanya 3,4,5 tahun berhempas pulas bergolek gelantang berpusing2 dan bersengkang mata.....dengan masa, keringat dan wang ringgit dihabiskan utk research dan tesis....tiba2 terkantoi ler pulak masa VIVA sebab mengelabah, panic atau tercacul hingga salah fakta dan serba tak kena bila beri explanation kepada examiners sehingga yang perempuan pun terkeluar peluh jantan yang selama ini tersimpan !!


Bagus idea ko tu bro.... kalau fakulti wajibkan SV buat cam tu lagi baik.....


Banyak ler cekodok ko.... takkanlah SV nak benda tu diwajibkan..... tapi sebagai supervisee boleh lah ko cadangkan dgn SV ko..... tak salah.... ini kan satu idea "think out side the box".... sebab setahu aku tak ada SV buat benda ni (tak ada sebab dia nak buatpun) dan tak ada supervisee yang cadangkan (walaupun sgt penting sbg persiapan terakhir).... so aku bagilah cadangan ini.... ada berani?


Alang2 bercakap pasal viva voce.... .. aku nak ingatkan sekali lagi.... masa viva voce....


1. Focus only on  key points .... kalau finding tu tunjukkan the main finding jer.... tak yah lah diskriptif pun nak tunjuk....yang ini selalu aku bising2.... powerpoint tu untuk tunjuk point yang power2 jer...


2. Do not clutter your slides - slide bukan tauhu sumbat... sampai ko nak sumbatkan semua maklumat tesis dlm slide ko !


3. Formulate possible questions - minta SV ko sediakan soalan2 basic.... dan ko kena jawab dengan confident, slamba dan bersahaja....dan ingat, PowerPoint ko guna TO VISUALIZED THE POINT yang ko nak highlight kepada examiners, bukan ringkasan kepada thesis ko.... spt yang lazim kawan2 ko buat...sampai ada yang siapkan 64 slides utk VIVA... ingat examiners tu tengok slide ko macam tengok movie ker.... sambil menyandar dan makan kacang NganYin.....? So inilah antara soalan2nya...
  • What is you study about?
  • Why you think the study is significant / important to be conducted?
  • What is the main issue are you going to tackle?
  • What is the specific gap of your study?
  • In general, what the literature says about the problem / issue / gap?  
  • How are you going to tackle the problem / fill the gap?
  • What is your theoretical / conceptual framework?
  • What instrument / are you going to use?
  • How are you going to conduct your study / the procedure of your study ?
  • You are using the parametric statistical analysis - have you checked the assumptions needed? 
  • What is the main finding of you research?
  • What is the originality / contribution / implication of your study in your field?

4. Eye-contact - pandang examiners bukan dinding atau syiling ... show your enthusiasm....sgt memboringkan jika ko jadi examiners then student present 40 mins sambil tengok slide... buat ko macam tak wujud jer dalam bilik tu.... 


5. Ini penting..... jgn confront walaupun di provoke sebab ada juga  examiners tak puas hati dgn cara ko buat research.... just give and justify your answer firmly but courteously....terutama hal-hal  substances.... kalau dia bising2 gak... just say " Tq Prof... your idea will be taken into consideration".


6. Paling best.... ko kena tunggu momen ni.....be free to demonstrate your ability to participate in the intellectual discourse...jgn sepatah ditanya, sepatah ko jawab... masa nilah ko tunjukkan ko boleh berbincang isu2 yang relevan dengan kajian ko...(terutama bahagian yang ko favorite.. atau tahu sangat...... jika examiners tanya jer bahagian tu.... cepat2 ko tunjukkan kehebatan ko.... dan competency ko)


Akhirnya bro.... ni selalu student lupa......dan aku cadangkan juga belilah sticky tape yang warna2 tu utk tandakan chapter dan bahagian2 penting (ikut warna2 tertentu) supaya ko tak nampak macam badut menyelak sana sini dan tak jumpa2 apa yang ko nak cari dalam tesis ko...


Kecil ... tapi penting disaat2 genting....
Semua tips di atas dapat dipraktiskan sekiranya SV dan supervisee berpakat mengadakan VIVA VOCE secara simulation....demi kebaikkan bersama....... Gud luck !!


Tq bro....


OT
  

2 comments:

  1. Terima kasih doktor. Panduan yang amat berguna dan akan diaplikasikan semasa viva kelak. Semoga tuhan membalas yang baik-baik sahaja untuk doktor di dunia n akhirat.amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...