.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, March 25, 2012

Tajuk 332: THESIS - ANTARA TAJUK vs QUALITY: DUPLICATION VS MODIFICATION !

TAJUK VS QUALITY: DUPLICATION VS MODIFICATION

Bro, aku didatangi oleh seorang “bakal” supervisee yang “berminat” mendapatkan persetujuan aku utk menjadi SV projek beliau Jumaat lepas. Dia adalah pelajar  MSc.  Setelah beberapa kali menghantar sms, beliau datang sambil membawa “sesuatu”... yang dia nak bagi aku bro

Sesuatu? Amende yang di bawa bro.... suspen lak aku

Dia kata dah lama simpan benda tu.... tak sabar2 nak tunjukkan pada aku....

Pedia bro....

Sebaik sahaja dia masuk bilik.... jeng..jeng..jeng...dia terus tersenyum......

cepat la bro...

Dia kuarkan kertas tertulis sesuatu ... Tajuk kajian dialah ! Dia kata tajuk ini baru dan belum ada yang buat. Dia dapat dari bacaan internet.

Aku tanya, mengapa pilih tajuk ini, beliau kehairanan sambil menjawab “Kenapa dengan Tajuk ini?” 

DIa jawab "Saya dimaklumkan tajuk kajian mesti baru..... mesti tak der yang dah buat....dan buat apa buat kajian yang org lain dah buat.... senior saya kata cam tu.... sebab SV mereka kata cam tu... jadi saya google dan minat nak buat tajuk ni"

Tak ada apa2... sekadar nak tahu adakah U dah baca ke artikel yang ada kaitan dgn tajuk ni. 

Dia jawab “Belum”, then tambah lagi “Saya ada baca dalam internet”.

Saya tanya “Siapa author dan artikel yang u baca ?” 

Dia jawab “artikel tu tak ade author.... sebab bukan dari jurnal”.

Aku tahu bro... mesti ko “sound” std tukan?

Emm.... tak derlah tapi inilah scenerio acap kali terjadi. Kalau diperingkat MSc.... apatah lagi PhD, bacalah secara intensive dan extensive dahulu apa yang u nak buat. Ko kan student, otak ko masih separuh kosong, ko bukan expert....ko kena tahu theory.... ... at least

Kalau bacapun bro, takkan boleh duplicate apa yang kajian lepas buat?

Sapa kata tak boleh?

Kalau MSc maybe lah boleh.... takkan PhDpun nak buat  duplication...sebab PhD mesti original bro....

Sapa kata?

La... pe la lu ni bro.... semua org kata gitu.... SV aku siang2 lagi dah sound benda ni !

Kenapa tak boleh? Research adalah duplication.... theory, research design dan data analysis semuanya duplicationkan? Adakah semua reseach PhD bermula dengan zero theory? Bagaimana dengan research design.... ko sebut jer.... dari experimental ke grounded theory semua duplication...... analisis...PLS...SEM...FA dll semua duplication.... betul tak? Bagi aku satu PhD thesis yang original? Mana ada bro....

Alamak .... jgnlah tanya cam tu.... manalah aku tahu.... semua kawan2 aku dok pakat2 cakap benda yang sama....

Semua research apatah lagi dibuat oleh student researcher.... adalah duplication.... yang dibuat hanyalah sedikit atau banyaknya modification....


Inilah notebook yang aku usung ke hulu ke hilir .... sambil pekena secawan kopi dan roti canai tampal...Notebookpun mana ada lagi yang original... semua dah di clone kan....

Abis mana ORIGINALITY nya bro?

Originality maknanya kajian ko menguji hipotesis atau persoalan kajian dari pernyataan masalah yang original....yang belum diuji dalam bidang tersebut.... yang benar2 wujud.... bagi menghasilkn data yang baru....dan membuat interpretasi dari data tersebut...memberi argument....seterusnya menyumbang sesuatu yang lebih komprehensif.....dalam konteks kajian yang dibuat... kajian ko maybe lebih menyeluruh kerana penambahan construct atau variable yang diuji.......dan ada kalanya menghasilkn product, instrument dan teori yang di upgrade di modify ..... dari kajian lepas. Inilah originality....iaitu duplication dgn modification....!! 

Kajian dan tesis yang berkualiti... bermula dari pemilihan gap yang tepat, penulisaan yang berintegreti (bukan main copy and paste atau rujukan main tangkap muat jer), serta rujukan dari sumber primer dan established.

Cam tu plak...

Sebab itu kata2 popular spt “tajuk mesti baru”, “kajian mesti org lain belum buat”... baru original... adalah satu pernyataan yang boleh dipersoalkan.... sebab tidak akan ada satu kajianpun benar2 baru atau satu bidangpun yang belum ada org lain kaji mana2 aspek.....

Wow.... tak terkata aku...

Sebab itulah.... penekanan perlu diberikan kepada pernyataan masalah atau gap yang benar2 wujud..... kalau gap tu wujud setelah extensive dan intensive reading.... maka terbitlah originality kajian tersebut, iaitu satu kajian perlu dijalankan, tak kiralah tajuk seumpama itu dah banyak atau sikit dijalankan. Lebih2 lagi ko sebagai student researcher, pemilihan gap dari kajian lepas akan memberikan ko cabaran utk memilih theory yang tepat, research design yang lebih mantap, analisis data yang lebih lengkap, argument yang lebih kritis serta discussion yang lebih comprehensive !! Ini akan melatih ko melakukan kajian dengan lebih sistematic dan akan menjadikan ko seorang yang researcher yang baik...

Lain macam cara ko fikir bro.....jadi maksud ko?

Maksud aku, jgn terpengaruh dgn idea ingin mencari tajuk yang kononnya baru sedang jaminan sebuah tesis yang berkualiti tidak terletak kepada tajuk yang “baru” sahaja tetapi lebih kepada bagaimana anda menjalankan kajian tersebut.

Maksud aku, jgn sibuk mencari sesuatu yang kononnya tidak pernah dikaji lagi... MELEBIHI usaha ko memastikan gap kajian ko benar2 wujud dan signifikan utk dibuat kajian.

Maksud aku, tajuk bukan melambangkan originality kalau gap yang dikaji tidak signifikan, very weak....design yang dipilih tidak mantap dan argumen yang diberi cetek dan dangkal.

Maksud aku, keutamaan adalah membaca secara intensive dan extensive dahulu segala perkembangan dalam bidang kajian ko, dan bermula dengan gap yang memerlukan kajian lanjut.... dari terus membuka mulut mengeluarkan tajuk tapi dengan otak yang separuh kosong !

Maksud aku, originality dan kualiti tidak terletak kepada tajuk.... tidak sama sekali.... tapi bermula dari originalitynya permasalahan yang dikaji.

Maksud aku.... tumpukan perhatian kepada mendalami apa yang dikaji dan knowledge yang diperolehi daripadanya lebih dari usaha to please your SV atau orang lain... Ada banyak kisah SV suruh buat A dalam pertemuan pertama... then dia sendiri yang kata, buat B  lah sebab A tak sesuai dalam pertemuan kedua dan mencadangkan U buat C pulak dalam pertemuan seterusnya.Siapa ada pengalaman ini, sila angkat tangan?


Apa sebabnya cam tu bro?


Sebabnya "tajuk yang kononnya baru" tu tentulah sukar mendapatkan methodology yang mantap dan sukar nak dapatkan literature sedangkan kajian MSc dan PhD SAAAAANGATTTTTTTT bergantung kepada kekuatan literature ! Keadaan ini lebih ketara bagi kajian SOCIAL SCIENCES (kerana bergantung kepada teori yang mantap) berbanding HARD SCIENCES (kerana bergantung kepada apparatus / instrument yang accurate). Kalau dah kajian ko memerlukan penulisan thesis yang TEBAL dan LR yang extensive serta method yang mantap....sebagai pra-syarat..... perlulah ko membuat sesuatu yang bukan sahaja ada sumber rujukan, tetapi mestilah cukup banyak....khususnya artikel primer, bukannya mencari siang malam tajuk supaya bunyinya macam tak ada orang lain yang buat lagi....(jgn perasan) Biarlah kajian sedemikian jika ada....di buat sendiri oleh SV ... kerana kajian mereka tidak perlu menghasilkan thesis dengan LR yang extensive dan tebal, sekadar  beberapa sebuah report dan article utk publication bagi melaporkan new finding yang kajian tersebut.


Banyak ni yang kena rujuk utk PhD..... 


Jika tidak bro... apa terjadi?

Terjadilah fenomena tukar2 tajuk ni atau masih tercari2 tajuk yang baru....fenomena yang tak perlu terjadi jika ko mulakan dengan langkah yang betul (bukan langkah lurus bendul) iaitu membuat homework, pembacaan dan intensive search LR ..... OK bro...malam dah abis... dah masuk waktu pagi..... aku nak melelapkan mata sat.... jumpa lagi esok...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...