.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, March 31, 2012

Tajuk 335: Ketahuilah 5 kehebatan student MASTER dan PhD !!

Fulamak bro.... ko tukar banner blog ker?


Aah.... nanti org kata logo tu dah lama.... tak der ker yang baru? Tak hebatlah kalau asyik guna logo lama jer... macam std MSc / PhD.


Apa hal ler pulak dgn std MSc / PhD ?


Ko tahu tak hebatnya std Msc / PhD?

Tak tahu.... hebat camner tu bro?

Fuyooo.... sekali ko jadi std MSc / PhD.... ko memang hebat !

Camner tu bro? Aku sendiri terumbang ambing macam pokok ditiup angin...apa rasional ko? Ko jangan main cakap jer.... apa rasional ko?

Aku nak bagi lima situasi berikut..... yang maybe ko pernah alami....

Pertama: Bila ko jumpa SV, ada kemungkinan dia komen bahawa TAJUK tesis ko dah out-dated, dah banyak orang buat dan ko perlu cari tajuk yang latest.... kalau boleh tajuk yang belum pernah sesapapun buat....


[Jika adalah tajuk yang ko buat dan tiada orang lain yang pernah buat.... emmmm something wrong somewhere....]

Kedua: Bila ko pilih TEORI pulak.... SV ko maybe komen, tak der teori baru ker? Teori  ini dah lama.... dah banyak org guna.....


[Sepatutnya ko modify dan update serta upgrade teori yang ada.... bukan pilih teori baru.... yang mungkin tak adapun dalam artikel...]


Ketiga: Bila ko pilih sesuatu MODEL pulak.... SV ko maybe sindir ko....dah tak der model baru ker? Model ini dah lama.... dah banyak org guna....


[Model kereta baru pun semuanya diupgrade dari model kereta lama..... mana boleh tiba2 semuanya baru.... yang ada cuma modifikasi dari yang lama] 

Keempat: Ko cadang sahaja nak guna suatu research design, SV komen, design ni dah banyak sangat orang pakai.... tak ada design lain nak pakai ker?


[Kalau dah berhari raya pakai baju Melayu.... design asasnya pun mestilah baju Melayu. Yang beza maybe, baju melayu biasa atau Johor... yang ada pasak dan yang tak ada pasak.... tetapi tetap baju Melayu....]


Kelima: Ko dah putuskan dak guna pengiraaan sample Krejcie dan Morgan..... SV nampak cam tak puas hati dan minta ko cari pengiraan yang baru.... sebab zaman dan berubah, tentulah cara mengira pun berubah....


[Jadual Krejcie dan Morgan di hasilkan tahun 1970, tetapi idea analysis structural equation model (SEM) dimulakan tahun 1921... Kenapa ramai yang berebut2 nak buat SEM kononnya canggih sedangkan pengiraannya  lagi lama berbanding pengiraan Krejcie and Morgan?.... Kalau tahun 1970 dianggap lama dan basi.....satu analysis statistik pun tak boleh guna sebab lagi lama....Sapa nak jawab?]

Memang ler macam tu bro.... macam tu lah std MSc / PhD.... mestilah buat yang baru2 bro...baru ada kelas !!

Banyaklah ko punya kelas.....cuba ko teliti pula senario ini....

Bila ko mengambil kursus research metodologi contohnya,  ada tak lecturer yang juga merangkap supervisor mengajar apa2 yang baru... research design baru ker... atau analisis data yang baru?

Bila ko ambil kursus lain macam Model of Teaching and Learning, atau Model in Business misalnya, ada tak lecturer ko mengajar model2 dan teori2 baru yang kaw2......Begitu juga dgn pengiraan sampel.... ada ker cara baru?


Emmmm... tak perasanlah pulak.....setahu aku tak adalah pulak .....sebab nota senior aku dulu2 sama jer dengan nota aku sekarang... tak ada pulak yang baru....

Kalau kira sample ada bro..... now byk yang guna komputer nak kira sample !


Yer ler guna komputer macam G*Power.... tapi kalau ko kirapun pakai komputer..... dapat juga jumlah sample yang hampir sama.... sebab sofware tu guna formula Krejcie dan Morgan juga....

Aah lah bro....jadi ?


Adalah lebih wajar lecturer yang juga SV mengajar teori yang latest.... research design yang up to date.... dan model yang jarang org guna.... barulah boleh buktikan bahawa benda2 tu memang wujud. Kalau baca artikel2 tulisan SV pun tak ler nampak sangat apa2 yang baru.... Kalau SV sendiri masih mengajar menggunakan bahan yang sama sejak bertahun lamanya, dan hasilkan paper yang "biasa-biasa" jer...tentulah teori, model, analisis data yang SV tu guna masih relevan....atau sesuatu yang established.... maka tidak salahlah supervisee menggunakan bahan yang lebih kurang sama....logik tak? Kalau tak leh guna, buat apa SV sendiri yang guna......

Emmmm.... cer ko lanjutkan lagi bro... otak Intel Pentium Dual Core i7  yang aku baru up grade sedang memproses apa yang ko cakap.....


Cam nilah. Ini sebagai contoh. Katalah ko nak guna Model CIPP dalam menilai keberkesanan sesuatu program dalan kajian ko, then SV ko kata, model CIPP tu dah banyak orang guna kat Malaysia ni..... cuba ler cari model yang baru yang tak pernah orang guna..... Kalau ko nak guna model Shufflebeam pula.....dan SV ko kata model tersebut dah out dated, sedangkan kedua2 model itu jugalah yang diajar dalam kelas master dan MSc / PhD ko....

Emmmm..... masih blurr lagi bro...aku nak switch processor otak aku guna AMD Athlon II X2 pulak..... cer ko bagi kesimpulan ko....

Adakah hanya kerana ko student PhD, maka ko mesti cari yang tak pernah org guna....ada tak ada tu lain cerita....pokoknya mesti yang latest.... sedang yang nak digunakan tetap relevan dan appropriate yang kajian ko.

Satu lagi bro.... katalah kalau benar ko kena buat sesuatu yang latest.. katakan dalam analysis data, dan ko cadang nak guna SEM / PLS AMOS dan sebelum tu ko kena clean dan test data dengan Rasch Model serta triangulasi dgn data kualitatif guna VIVO.... adakah perkara tersebut di ajar diperingkat Master mahupun PhD?

Tak adalah pulak...

Abis kalau tak ada... maknanya std MSc / PhD memang hebatlah...... dah lah kena cari model, teori dan analisis yang latest.... semua tu pulak tak di ajar dalam kursus yang diambil diperingkat MSc / PhD....

Yang diajar adalah yang “biasa-biasa” yang “ramai org dah guna” yang “bukan yang latest” then bila ko present jer proposal.... semua tu kena tukar kepada yang “luar biasa” yang “belum ada org guna” yang “latest”.... memang ler hebat std MSc / PhD !!


JAdi maksud ko, tak yah lah buat yang "baru-baru" ke bro?


Ada aku cakap macam tu? Maksud aku..... asas memilih sesuatu dalam research bukan soal lama atau baru, banyak atau sikit orang dah guna tetapi keperluannya yang appropriate dan releven dengan kajian ko. Sudah barang pasti kalau ko buat kajian marketing, takkan nak guna teori "Supply and Demand" secara umum sahaja, ada teori yang asasnya sama tapi lebih advanced dan comprehensive...


Macam ko nak guna qnaire social constructivism in learning tahun 1980, tentulah dah tak appropriate sebab ada construct2 yang dah tak sesuai tetapi teori tersebut masih relevan lagi.... 

Sebab itu siang-siang aku dah sound.... nak jadi pelajar MSc / Phd, mesti membuat pembacaan extensive dan intensive dulu.... supaya ko tahu kerelevenan dan keterkinian apa2 sahaja yang ko nak kaji. Dan ko jgn terpengaruh dan pening2 kepala tak tidor bila disergah SV hanya kerana disuruh cari yang "terkini dan sensasi" sedangkan apa yang ko buat memang dah cukup terkini, relevan dan appropriate utk mendapat MSc dan PhD ! 


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...