.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, March 10, 2012

Tajuk 323 - NATURE OF RESEARCH DAN FENOMENA TAK BOLEH MENULIS

NATURE OF RESEARCH dan FENOMENA TAK BOLEH MENULIS THESIS !


Salam bro, semalam aku dengar bengkel doc map ko over-crowded?


Tak der lah over sangat, tetapi inilah pertama kali aku terpaksalah tambah meja....


So ok ker bengkel ko?


OK jer.... berjalan dgn lancar spt biasa.... tapi ada satu email yang aku nak kongsi dengan ko yang dihantar oleh salah seorang peserta bengkel tu.


Pasal apa bro?


Cer ko baca email yang baru aku terima malam tadi..... email yang agak panjang.... yang aku dah edit skit bahagian yang kurang jelas....


Assalamualaikum,


Pada satu malam yang sunyi...saya berhadapan dengan cabaran menulis...maka saya taipkan dalam google "saya tidak boleh menulis..." tiba2 keluar drotspss.blogspot ..dan terletak di atas sekali di antara senarai perkara2 yg berkaitan tajuk pencarian saya...


Saya pun mulalah membuka blogspot 'Suka Penyelidikan Suka Statistik" kata-kata 'don't judge a book by it's cover' itu memang sesuai pada ketika itu....


Apabila ternampak saje tentang maklumat bengkel...saya pun tanpa segan silu dan kurang sabar telah emel terus kepada niza810 untuk mendaftar...lepas tu saya tutup komputer..then dapat reply dari niza berkaitan tempat kursus, saya berkata dalam hati 'oh...aku tau kat mana seksyen 9 tu...mudah je cari’ !


Selepas berusaha mencari secara manual dan tak jumpa...saya tanya niza sekali lagi...tapi tak dapat balasan sehinggalah saya membuka laman blog drotspss.blogspot....dapat idea 'saya kena emel ...untuk bertanyakan tempat'.


Pengajaran kepada saya ialah 'LAIN KALI BACA SATU PERSATU APA YG ADA DI DEPAN MATA TERUTAMANYA ARAHAN" memang padan lah dengan muka saya. Syukur akhirnya saya menjadi salah seorang peserta kursus bengkel doc.map + lit.review drotspss.....


Hari ini, sewaktu berada di dalam bengkel doc map dan LR...saya berhadapan dengan seorang yang sempoi, sabar, kreatif....ilmu yang disampaikan begitu memberi kesan di sanubari... dan kini saya berada dilandasan yang betul dan akan mula dan akan terus menulis dan menulis............


Sekian dan terima kasih yang tidak terhingga..kepada Dr. OT.


RG, Kajang, Selangor


Wowo.... dia kata ko sempoi, sabar dan kreatif? Phew....aku tengok ko biasa jer...


Bukan itu yg aku nak ko baca.... tapi part “saya tak boleh menulis”....


OK..Ok.... apa respon ko bro?


Fenomena tak boleh menulis, lambat menulis, bertangguh2 utk menulis, membaca dan membaca tanpa menulis, menunggu betul2 faham (kononnya) baru nak mula menulis, menulis mengikut bab....selagi tak abis Bab 1, takkan mula menulis Bab 2... dan semua isu yang sewaktu dengan nya....BUKANLAH NATURE MENULIS THESIS / PROPOSAL KERANA ITU BUKAN NATURE SATU RESEARCH !!


Tu dia..... aku tak pernahpun dengar benda2 ni.... patutlah email tu kata ko kreatif bro....


Tau tak per....


Research adalah proses yang komprehensif... saling berkaitan, macam satu circle. Bagi penyelidik, sebaik sahaja satu masalah atau research gap ditentukan, maka circle tersebut akan bermula. Penyelidik akan terus membuat bacaan intensif, memilih research design yang appropriate, sampling frame, instrument, theoritical framework, IV, DV, analisis data, significant of study.....


Jadi apa kena mengena dengan menulis bro?


Samalah juga, sebaik sahaja ko menetapkan masalah kajian (may be dari bacaan awal dan pilot artikel), ko terus memulakan intensive literature search ko...dan tanpa berlengah, buka komputer, apply document map, buat zero draf.... siapkan Chapter 1, 2 dan 3 serentak, siap dengan heading dan sub=heading. Ko pun mula merangka pernyataan masalah, membina ojektif dan research question. Semasa pembacaan, ko menemui signifikan of research, analisis data, research design, maybe sampling technique serta teoretical framework, maka ko terus menulis dalam Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 serentak mengikut heading dan sub-heading dalam bab masing2. Inilah NATURE penulisan proposal / thesis.


Katakan ko membaca dan nak siapkan Bab 1 dulu, spt diarah oleh SV atau spt amalan kebiasaan senior2 ko.., ko akan buntu sebab ko membataskan bacaan ko dgn tertumpu utk menyiapkan Bab 1, sedang ko tak tulispun bahan untuk Bab 2 dan Bab 3 yang ko baca bagi menambah pemahaman ko tentang keseluruhan kajian. Bila ko hanya tertumpu kepada menyiapkan Bab 1 sahaja, ko gagal melihat kajian ko secara menyeluruh maka akan timbul fenomena “aku tak boleh menulis....”


Begitu juga dgn LR... bila ko nak tulis bab 2, ko maybe ada point tapi ko tak tahu membina draft outline LR, then membina paragraph yang baik then menyambung satu idea dengan idea yang lain secara kritis, gerenti fenomena “aku tak boleh menulis....” muncul lagi.


Hal sama juga berlaku di Bab 3, bila ko mula nak menulis dan nak sesuaikan research design dan analisis data serta sample dgn research question ko... berlaku lagilah fenomena “aku tak boleh menulis...” sebab dari awal lagi ko tak synchronise kan research question ko dengan pemilihan analisis data. Semua ini berlaku kerana ko tak menulis mengikut nature research ko sendiri !!


o..macamana nature of research cam tu jugalah nature of writing.... faham..fahammm


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...