.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, January 19, 2012

TAJUK 302: RESEARCH SCIENCE SOCIAL dan ANUGERAH JUARA LAGU



Gi mana pagi-pagi dah kuar….?


Pagi ni  ke Hospital Putrajaya membawa mak aku. Nak ucap terima kasih kpd isteri temankan aku ke hospital….wpun isteri, aku tetap  ucapkan terima kasih ….. terutama bila dia melayan mak aku dgn baik…….kalau dalam LR kita tulis citation kerana hargai idea penulis, inikan pulak isteri yang kita sayangi…


Fulamak…..  wa pun nak buat cam tu lah….


Ye ker…. Jgn masa bercinta jer buat kad dan wish macam2…. Lepas kawin…buat bodoh jer…..


Wa promise bro…. walaupun cinta wa cinta muka buku tapi wa dah janji di depan Sungai Lui….Wa kata kat bini wa …. Cinta ku pada mu sedetik lebih  He he…. Sambil meluahkan kisah hati wa…. Apa lu ko buat di Hospital tu?


Spt biasa,  membawa  emak aku utk regular check up….. hari ni jumpa dr mata. 


Kau tahu bro?


Amende?


Aku terlihat disatu sudut hospital....sepasang suami isteri muda....agaknya berkanda dan berdinda.... Si ibu sedang mendokong anaknya dgn penuh kasih sayang sambil diperhatikan oleh sang ayah. Aku jangkakan anak tersebut berusia dalam 1.5 tahun, kelihatan tidak sihat. Tiba-tiba aku rasa sebak, betapa Allah menjadikan perasaan sayang kepada anak tanpa dipaksa2…. Penuh keikhlasan dan begitu murni…..betapa anak adalah anugerah tidak terhingga…kalau berpacaran boleh intim.... bila anak sakit pun perlu intim juga...


Emmm… cam tu lah mak ko sayang ko dulu….. jgn ko lupa tu…. Ayah dan ibu ko yang melindungi ko macam awan nano tau….


Wa faham bro....apsal tajuk hari ni lain macam jer..Betul ker …..sesiapapun boleh buat research .... Wa sendiri ni pun terkial2 bro…… 


Jgn jadi penakut…. maksud aku adalah research dalam science social..... bukan pure science....Meh aku citer bagi menjustifikasikan pendapat aku bahawa research dalam konteks science social tidak memerlukan seorang yang terlalu cerdik, pandai atau mempunyai gred CGPA yang tinggi, tetapi memadailah dengan bertindak mengikut cara yang betul. 


Sensitif tu bro.... kalau gadis semasa yang dengar.... kecik hati dia ko kata dia tak berapa cerdik...


Jgn salam faham...ini bukan hukum karma, yang pandai sahaja boleh berjaya... ini soal sikap dan tindakan yang betul....


Tidak terlalu extreme jika aku katakan “sesiapa” sahaja yang ada asas dalam sesuatu bidang science social diperingkat undergrad boleh berjaya mendapatkan Master dan kemudiannya PhD. 


Ko ni memang simplistic bro. Ko anggap semuanya sempoi….cer ko bagi apa justifikasi  ko?


Aku bagi sempoi2 jer k….Pertama, science social adalah disiplin yang mengkaji perlakuan manusia. Bila mengkaji perlakuan manusia, kaji diri ko ler….. jadi tak ler susah memahami perlakuan manusia…. Apatah lagi semuanya telah dikategorikan mengikut disiplin seperti pendidikan, psikologi, sosiologi, agama, motivasi, budaya dll ler. Bukanlah secara otomatik ko akan tahu semua…. Tapi taklah sesukar mana jika ko nak mempelajarinya… hatta konsep yang baru sekalipun. 


Ok… cer ko bagi contoh…


Pertama:
Ambil teori Vygotsky bila memperkenalkan konsep ZPD, zone of proximate development, wpun bunyinya agak pelik bila pertama kali aku jumpa….tetapi bila dibaca dan difahami….ianya adalah perlakuan manusia yang belajar secara lebih efisyen dari peer yang lebih arif berbanding dengan belajar sendirian.  Begitu juga dengan konsep cognitive load, self-esteem dll yang boleh difahami dari pelbagai bacaan….kisah dogeng lagi susah nak faham bro…. 


Bagaimana dengan pure science pulak?


Pure science? Ko tahu tak konsep AMU? 


AMU? Kalau ANU aku tahulah…. 


AMU tu adalah Atomic Mass Unit.  Konsep paling sempoi dalam kimia. Walapun sempoi, AMU tak boleh difahami secara sebarangan, tidak akan dapat difahami dgn mudah tanpa asas pemahaman yang tentang konsep atom, electron, neutron, neucleus dan segala macamnya.  Ini kerana pure science adalah disiplin tentang perlakuan "matter" bukannya manusia. Ini termasuklah electromagnet, radiasi, wave, matter, respiration, photosynthesis… pendek kata merangkumi “living dan non-living” things…. Dan setiap satunya ada ciri2 yang tersendiri…. Phew… bukan senang nak faham.


Yer tak yer….


Kalau ko kumpul wanita seluruh dunia…. Perilaku mereka ada byk persamaan dan mudah dikaji  berbanding jika ko kumpulkan seluruh metals … takkan dapat dikaji semuanya…


Berbeza bangsa, agama dan bahasa tapi naluri wanita tetap ada persamaan.....ingin disayang, dihormati dan dicintai...oleh insan yang bernama lelaki...
dan begitu juga sebaliknya.....




Kedua:
Pengukuran dalam science social seperti penggunaan soal selidik dan temuduga bukanlah asing. Setakat nak buat soal selidik sempoi2 utk uji keberkesanan ZPT, bukanlah masalah besar. Temuduga? Sejak kecik lagi kita dah lalui situasi ditemuduga …..then data-data yang diperolehi boleh dianalisis dgn statistic. Inipun bukanlah sesuatu yang terlalu sukar, kerana asas kepada statistics in social science adalah berkaitan perubahan nilai variable (varians), mean dan normality dalam skala Nominal, Ordinal, Interval atau Ratio. 


Kalau pure science, pengukuran AMU sahaja memerlukan alat yang sangat sophisticated spt mass spectrometer , electron microscopic….dgn harga menjejak jutaan ringgit....diikuti dengan pemahaman konsep mol, nombor Avogdro yang luar biasa.  Alat pengukuran yang tepat dalam pure science hanya memerlukan data ratio sahaja maka pengetahuan statistic selalunya tidak diperlukan.


Abis senang lah nak buat kajian social science? 


Emmm. …secara relatifnya senang…. membuat reseach social science di peringkat Master dan PhD menekankan aspek  “PENCARIAN” , “PENGUMPULAN”, PEMAHAMAN" dan “MENGORGANISASI” maklumat dari sumber primer esp kajian lepas serta bacaan dari sumber sekunder seperti buku teks. Ini menjadikan langkah “PENCARIAN” maklumat sebagai langkah awal yang perlu dijalankan  supaya proses  “PENGUMPULAN” maklumat dapat dilakukan dgn mudah dan seterusnya maklumat tersebut dapat difahami dan kemudiannya  di susun....


Alamak bro.... aku dah nak abis satu semester.... apa maklumat pun aku tak cari.... apalagi nak kumpul...nak faham dan nak organise...


Tu pasallah ko kata susah.... susah.. susah tak abis2... baru baca satu teori dari satu artikel dah confused......Sebab tu aku selalu ingatkan.... cari maklumat dari sumber yang sahih.... kumpul dan baca utk difahami supaya mudah nak organise.....


OK bro....aku akan cari maklumat dulu bro.... sebelum datangnya seribu sesalan.... 


Ingat.... cari material.... kumpul, faham dan organise... macam buat lagu dalam AJL..... cari material, kumpul dan compose.....Jumpa lagi selepas Tahun Baru Cina...




OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...