.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 11, 2011

TAJUK 185 – BHG 1: BINA STRUCTURE LR (HEADING, SUBHEADING)

Ini soalan bonus. Macamana saya nak buat heading dan subheading dalam tesis saya? Macamana nak buat structure thesis saya. 

Sayugia diingatkan, setiap disiplin ada cara masing2.... tetapi secara umumnya struktur tesis ada beberapa persamaan. Jadi rujuk juga SV anda.

Saya telah cuba membaca beberapa buku…. belek sana belek sini….tapi akhirnya saya terpaksa berguru dengan pengalaman sendiri juga. Dan saya sentiasa merasa Allah melihat saya dan membantu saya. Maka saya terpanggil pula untuk membantu pembaca blog saya dengan sedikit catatan berikut…..seperti biasa tips bagi mereka yang selalu "stuck"... sampai susah nak mula menulis.

Ada dua cara yang saya ingin berkongsi cara membina structure LR iaitu

i.  idea utama
ii. peta minda (yang ini banyak dicadangkan dalam buku)

Mari kita teliti dulu yang pertama…..masih dengan Zahin….


Zahin sedang melakukan kajian yang memerlukan dia membina dan menguji animasi dalam pengajaran elektrokimia. Sebagai guru kimia, Zahin berminat akan tajuk ini kerana dia dapati sukar untuk mengajar electrokimia dengan cara konvensional dan pelajar juga mendapati sukar untuk mempelajari subjek ini. Zahin juga minat dengan animasi…. wpun dia tak ada asas komputer namun aplikasi Flash agak mudah dipelajari.

Secara umum Zahin tahu teori konstruktivist adalah teori yang berkaitan bagaimana pelajar membina pengetahuan baru dari pengetahuan sedia ada. Zahin membaca lagi dan mendapat tahu bahawa proses ini melibatkan satu process lain yang lebih khusus iaitu conceptual change (cc). Teori cc ini diterjemahkan oleh beberapa model dan salah satunya adalah Model cc oleh Posner et al.  

Mana Zahin tahu semua ini? Kat mana? Kat fesbuk?


Adakah semua ini datang setelah melayan fesbuk tiap hari.... seperti petikan....


"Sabar yer......memang susah nak dapat artikel.... semoga U tabah" 
"I pun stuck ni lum mula2 tulis lagi...... semoga dipermudahkan"
"Alhamdullilah.... berjaya juga tulis 2 baris je sejak 2 bulan lepas....at least..... semoga bertambah lagi."


Lebih baik jika dalam fesbuk terdapat petikan seperti:


"Sabar yer.... U baru baca 25 artikel... tinggal lagi 10 jer...semoga U tabah."
"I pun stuck ni kat page 200.... semoga dipermudahkan"
"Alhamdulillah....berjaya juga tulis 20 paragraph sejak 2 hari lepas....at least....semoga bertambah lagi"


Semua idea Zahin di atas timbul apabila dia melakukan 3 langkah berikut:


Langkah 1:
Zahin tahu sebab dia telah membuat intensive reading. Zahin mula membaca dari sumber sekunder seperti text books bagi mendapatkan gambaran awal berkaitan tajuk kajian ataupun sumber tertiary  dalam internet. Zahin cuba mendapatkan gambaran awal dengan fokus kepada keyword berikut. Namun, jika anda memang telah familiar dengan tajuk kajian anda kerana telah melakukan kajian diperingkat first degree atau master sebelumnya anda boleh terus pergi kepada sumber primer iaitu journal articles:

- animation AND learning
- electrochemistry AND learning
- animation AND teaching
- animation AND chemistry
- chemistry AND learning AND teaching
- science AND learning AND teaching
- science AND animation AND multimedia

Setelah memahami skop kajian dan mendapat idea awal dengan fokus yang jelas dari sumber secondary dan tertiary, Zahin pun mengadap komputer 7 hari.... 7 malam....dengan membuka 7 journal paling dominant dalam bidang yang Zahin nak buat kajian iaitu:

- Journal of Chemical Education
- Journal of Science Education
- International Journal of Science Education
- Science teacher
- Journal of computer assisted learning
- Journal of research in science teaching
- Computer and education

Maka.....dari pembacaan artikel2 yang diambil dari journal2 di atas, Zahin memperolehi idea yang lebih khusus dan related dengan kajiannya seperti:

- Researchers found that a majority of students had difficulty understanding abstract and dynamic concepts in chemistry especially electrochemistry concepts.

- Constructivist approach is needed in teaching difficult concepts, in which learners construct new understanding based on their previous knowledge.

- Piaget  and Vygotsky provided a basis on how learners construct new knowledge  through the process of conceptual change

- From the constructivist perspective, computer animation provides a situation that enhances conceptual change.

- The theoretical framework of conceptual change underpinning the implementation of a constructivist approach was inspired by the model proposed by Posner (1982).

Langkah 2:
Maka Zahin membina zero draft nya utk membina heading dan sub heading berdasarkan idea-idea utama di atas kerana idea2 ini perlu dikembangkan dalam sorotan literature. Idea-idea utama ini iaitu constructivist, Piaget and Vygotsky, animation, conceptual change, Posner’s model, electrochemistry disusun mengikut themes, manakala perbincangan dan kupasan dibawah setiap themesa akan mengikut chronology. Maka structure SOROTAN LITERATUR Zahin bagi CHAPTER 2 pada awalnya adalah seperti berikut:

2.0 Constructivist Theory of Learning
2.1 Piaget’s cognitive development theory
2.2 Vygotsky’s social constructivism
2.3 Conceptual Change
2.4 Posner’s model of conceptual change

Langkah 3:
Zahin terus membaca dan mendapat idea yang lebih baik. Zahin perlu tambah heading “The development of computer animation”. Oleh kerana Zahin mempunyai artikel yang banyak, dia bercadang untuk membuat satu subheading khas iaitu “Research related to electrochemistry”.

Maka diapun membetulkan struktur yang menjadi:

2.0 Introduction
2.1.1 Piaget’s cognitive development theory
2.1.2 Vygotsky’s social constructivism
2.2 Conceptual Change
2.2.1 Electrochemistry concepts
2.2.2 Posner’s model of conceptual change
2.3 The development of computer animation
2.3.1 Animation and constructivist perspectives
2.4 Conclusion

Sekarang Zahin dah boleh membaca dan mempraktiskan wwur (write while you read) dalam zero draftnya. Semakin dia banyak membaca, berkemungkinan ada Heading dan Sub-heading akan ditambah….di mana yang perlu sehingga dia dan SV berpuas hati. 

Bersambung Bahagian 2 selepas ini…

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...