.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, August 8, 2011

Tajuk 180 - Bengkel Dr OT ibarat bengkel BAG PLASTIK 20 sen!!

Saya terkesima dengan sambutan adik abang dan kakak2 terhadap bengkel penulisan tesis dan LR di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi 18 dan 20hb akan datang. Penuh inbox gmail saya..... tak terbaca....Saya ucap terima kasih kepada Ani Munirah, Anita Adnan, Is, Syaripah ....yang gerakkan bengkel ini, juga yang sedang menguruskan bengkel yang sama di UUM, khabarnya melalui Satirah yang baik hati. Di JB diurus oleh Siti yang bersemangat waja....
Mikacih makcik2 yang baik hati tu.....
Anak pompuan mak cik mesti baik2 juga kan?
Yang umur 1 tahun ada tak?
Saya cuma ingin jelaskan bahawa bengkel intensif singkat hands-on ini mulanya sekadar berkongsi "pengalaman" membuat tesis. Mana mungkin bengkel sehari dapat menyelesaikan semua masalah penulisan tesis PhD dan Master? 


Tak mungkin.... tak mungkin..... tak logik lansung! Otak PhD aku yang dahsyat inipun tak terfikir ianya logik... no way man !! 


Baca sat scenario ini..... 


Anda dan 3 kawan anda 3A - Ani, Anes, Anita pergi ke Giant supermarket (kalau kat obersi tu macam pergi Target ker....) dan selepas sejam anda menolak satu troli penuh dengan makanan ke kaunter bayaran. Anda ni wpun slim tapi jeneh (jenis) kuat makan! 

Kalau di Msia ni, hari SABTU adalah hari "Tanpa Bag Plastik". Giant tak bekalkan bag plastik pada hari Sabtu.... Bila awek casher tanya nak beli beg plastik 20 sen satu, anda kata.... takpa.... kami nak jimat.... ..maklumlah kami ni dapat elaun biasiswa jer... mana nak cukup...he he....jadi setelah bayaq RM260.60 sen di kaunter, maka anda dan 3 kawan andapun menolak troli penuh barang anda terus ke dalam kereta. 


Sampai di kereta, anda mula fening macamana nak atuq (atur) barang yang banyak tersebut. Anda pun main letak jer barang2 tersebut.... Fuhh... 10 minit jugak anda susun barang2 tersebut supaya tak bercampur. Sampai dirumah, anda melalui lebih kurang 10 bumpers.... tu dia.... berterabuq pulak barang2 anda.... sekali lagi anda fening mana satu barang anda dan mana satu barang kawan2 anda. Kali ni anda ambil masa 10 minit lagi utk kenalpasti empunya barang2.


Apa kena mengena bengkel dengan bag plastik...?


Bengkel saya ni ibarat bag plastik berharga 20 sen. Hah! bag plastik 20 sen? La....ingatkan bag Gucci ker....


Apa yang anda akan dapat dengan 20 sen? Emmm kalau pompuan gi shopping.... 20 sen tu beli apa ha? Emmm....Tu hang jawab sendiri...


Bengkel penulisan dan LR adalah ibarat beg plastik 20 sen. Kalau jumpa beg plastik ni orang tak pungut pun. Tapi dengan beg plastik 20 sen nilah anda dapat menyusun barang yang anda dan 3A beli, serta memudahkan anda membahagikan barangan anda, mengelakkan anda fening2 dan membuat kerja2 yang tak sepatutnya berulangkali, serta beg plastik memastikan barang anda tersusun dengan selamat. 


Berterabur tanpa bag plastik...... he he... ada maggi ler pulak !!


Dengan bag plastik anda cuma perlukan 2 minit sahaja utk organize segalanya, dengan effort yang sedikit dan bukannya 20 minit yang telah anda bazirkan dengan fening2 kepala!! Jika anda shopping 20 kali sepanjang setahun, anda bazirkan 400 minit. Jika anda cuti belajar 3 tahun, maka anda bazirkan 12,000 minit. Ini bersamaan 200 jam !!


Otak saya mengira jika  dgn bag plastik anda hanya perlukan 120 MINIT sahaja - bukannya 200 JAM....nampak tak perbezaaannya !! 


OK.... itulah perumpamannya secara sempoi.... 


Tak leh buat perumpamaan yang canggih2 nanti ada yang confused....geng2 PhD / master ni mudah sangat confused, tak tau pasal apa... 


Tak abih dengan itu, ada pelajar kata "Kalau dah senang bukan buat PhD ler namanyer"... Apa komen anda?


Memang ler....
Tak ada jaminan anda boleh siapkan tesis dgn cepat jika ada sistem kerja yang sistematik tetapi balik rumah tidor memanjang jer


Tak ada jaminan anda boleh siapkan tesis dgn cepat jika ada sistem kerja yang sistematik tetapi tak praktical.....kena buat macam2 pulak


Tapi LEBIH DAHSYAT jika anda TAK ADA SISTEM KERJA YANG SISTEMATIK dan anda pulak tidor memanjang jer......!


Yang lebih MALANG apabila anda TIDAK ADA SISTEM KERJA tetapi telah berusaha macam nak rak SIANG DAN MALAM namun hasilnya tidak setimpal dengan usaha anda tersebut....sedang masa terus berlalu sampai kepenghujungnya....


Jadi ini bukan soal senang atau susah wahai sayang intan payong..... Ini soal membuat sesuatu dengan sistematik dan practikal. 


Buat PhD / Master bukan SENANG tetapi mengapa membuatnya dengan cara yang SUSAH......




Contohnya


Adakah anda menggunakan document map semasa menulis thesis?
Jika tidak.... anda sengaja cari cara menulis tesis yang susah, sedang document sangat memudahkan anda...



Emmmmm....cukup dulu...


Berikut adalah satu print screen gmail saya malam tadi. Sekadar merakam sambutan hangat ke bengkel penulisan dan LR sebab selepas ini masing2 akan sibuk pula memulakan kelas. Saya juga akan sibuk semula berkuliah selepas cuti lama. Namun janji saya untuk je JB dan UUM memberikan bengkel akan saya penuhi jika masih ada undangan.






Saya sendiri terkejut akan sambutan hangat dan kini kecut perut, seram sejuk, naik bulu roma dan gabra pulak nak berhadapan dengan bakal2 sarjana  dan DR dari pelbagai latar belakang dengan ilmu yang hebat2. 


Apapun, terima kasih kepada geng FB DSG ... yang gerakkan usaha saya berkongsi sedikit tips kepada anda semua.... berkongsi bag plastik 20 sen !! 



Sehingga berjumpa.......


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...