.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, June 21, 2011

TAJUK 151: PENENTUAN CONSTRUCT DLM FACTOR ANALYSIS – TANYA JIM CARREY !!

Lama saya berfikir, bagaimana sebenarnya FA menjalankan tugasnya sehingga dapat mengelompokkan item-item mengikut konstruk. Setahu saya, pakar pun sukar nak menentukan konstruk, inikan pula komputer melalui SPSS. Saya nak tahu konsepnya sahaja.

Jiwa saya memberontak…. Sebab tiada buku dapat menjelaskan perkara ini dengan sempoi. Lebih memberontak lagi apabila saya ingin jelaskan apa yang berlaku kepada pelajar-pelajar. Walaupun saya bukan statistian, konsep disebalik FA ini sepatutnya boleh difahami.

Saya pun mula berfikir…. mengelamun dan “TING !” datang ilham pujangga menerobus ke dalam minda saya. Kalau cipta lagu sure akan jadi lagu berhantu macam Suci dalam Debu nyanyian Saleem.

Saya pun mula mencari contoh yang sesuai…. Katakan anda ingin membina soal selidik bagi mengukur sama ada seseorang itu suka cerita ACTION (A), KOMEDI (K) ATAU SERAM (S). Maka andapun sediakan 50 item yang saya ringkaskan sebagai 7 item sahaja untuk tujuan pemahaman.

Item 1: Saya terhibur bila menuntun filem Jim Carrey
Item 2: Hero saya adalah James Bond
Item 3: Saya suka ketawa apabila berada dalam pawagam
Item 4: Bagi saya filem Transformer sangat mengujakan
Item 5: Saya tertunggu-tunggu sekuel Paranormal Activity
Item 6: Saya teruja melihat filem WereWolf kerana ada aksi lasak
Item 7: Saya suka jalan cerita Kurafat

Soal selidik adalah pada  skala Likert (sebagai contoh dummy)

1: Sgt Tak Setuju 2: Tak Setuju 3: Tak Kisah 4:  Setuju  5: Sgt Setuju



Responden
Item 1 (K)
Item 2 (A)
Item 3 (K)
Item 4 (A)
Item 5 (S)
Item 6
(S + A)
Item 7 (S)
Ali
3
5
2
5
1
5
2
Abu
5
1
5
3
2
3
3
CT
2
3
2
4
5
5
5
Don
5
1
5
2
1
3
1
Elias
2
5
1
5
2
4
3


Perhatikan:
Konsep - item mengukur konstruk yg sama - korelasi tinggi


Ali suka filem AKSI (Item2 dan Item4 - korelasi tertinggi)
Abu suka filem KOMEDI (Item1 dan Item3 - korelasi tertinggi)
CT suka filem SERAM (Item7 dan Item7 - korelasi tertinggi)
Don suka filem KOMEDI (Item1 dan Item3 - korelasi tertinggi)
Elias suka filem AKSI (Item2 dan Item4 - korelasi tertinggi)

Konstruk:
Item2 dan Item4 = Konstruk AKSI
Item1 dan Item3 = Konstruk KOMEDI
Item5 dan Item7 = Konstruk SERAM
Item6 – berada dalam konstruk SERAM dan AKSI maka Item6 mengukur dua konstruk yang bertindih. Item6 perlu dibuang !


Isteriku yang juga menggunakan FA dalam kajiannya....

Mudah-mudahan anda faham apa yang berlaku dalam FA dari pemahaman saya…..konsepnya sahaja !!


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...