.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, April 26, 2011

Tajuk 126 - Correlation dan River Monster

Malam tadi sambil menjaga NINE yang makin lasak dan lambat tidor..... sempat juga saya menonton Animal Planet siri River Monster.... spt pic di bawah. Apa yang menarik, satu kajian dipaparkan dalam episod di Jepun bahawa ikan "keli" gergasi mempunyai sikap yang aggresif sebelum berlakunya gempa bumi. Prof Jepun tu buat korelasi pergerakkan ikan keli gergasi dengan aktiviti seismic (gempa bumi). Ini bermakna bukan ikan keli tu yang membuat gempa bumi atau sebaliknya. Namun terdapat korelasi yang tinggi antara kedua variable ini - aggresif dan aktiviti seismic (gempa bumi). Ini bermakna aggresif bukan IV dan seismic bukan DV atau sebaliknya. Sifat aggresif ikan keli hanya predictor kepada gempa bumi bukan penyebab. Prof tu akan teruskan kajian sehingga benar2 pasti ada hubungan yang mencapai taraf IV dan DV dalam fenomena tersebut. 

Inilah passion dan enthusiasm..... Buat researchpun kena ada sifat ini...


Moral of the sory:
1. Jika anda buat korelasi, pastikan anda faham tujuannya. Anda bukan mencari sebab dan akibat tetapi hanya perkaitan. 
2. Nak faham statistik tentu tak sesukar nak tangkap ikan ni gergasi...kena buat kajian kat nama ada spesis yang nak pupus ni... gerenti tak der dalam jurnal punya ! Then gi interview org kg yang tahu cerita ikan tersebut... keluar duit poket sendiri...bukan boleh main pos jer soalselidik atau telefon.... dah tu mereka tak faham bahasa inggeris, duduk pulak ceruk kampung....Bila dah tahu lokasi...kena pulak memancing...tunggu berjam2 dan berminggu2....dalam hujan dan panas....dah dapat kena tanggung risiko di baham oleh ikan tersebut....then cuma ambil data  dan lepaskan semula...phew...
3. Jadi jgn tak tahu sikit statistik dan mengalah.... belumpun baca 3,4 buku.... dok surf internet jer..mana nak jumpa!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...