.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, March 7, 2011

Tajuk 106: Saya buat korelasi, adakah layak untuk peringkat master?



Soalan:

Assalam, Dr, klu tesis tu hanya menguji hubungan korelasi semata-mata, ia x mcapai tahap tesis master.betul ke? bgmana nak tahu tesis tu dah mencapai tahap master yg sebenar?maaflah klu soalan ni dr dah pernah bincangkn dlm blog spss dr....saya susah hati coz mmg tesis saya hanya bertujuan mengkaji hubungan korelasi antara 2 variable (statistik inferensi)..tq dr! masih sempat utk dibaiki coz saya msh dlm proses kesahan questionnaire.....tq again.

Puan NS, UPM
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Respon:
Salam kembali dan Selamat Hari Wanita Sedunia !!
Soalan anda ini mempunyai jawapan yang relative. Jawapan saya UMUM sahaja, supaya semua pembaca blog yang lainpun dapat manfaat.

Research Gap
Jika anda meneroka satu aspek baru dalam bidang kepakaran anda dengan mencari korelasi variable yang belum dikaji, anda dikira mengisi “research gap” – satu aspek yang dipentingkan dalam kajian peringkat master dan PhD. Namun, dengan hanya mencari korelasi, katakan antara contohnya Jantina (nominal) vs Skor Tahap Kemarahan (interval) menggunakan Spearman, analisis data anda dikatakan “cetek” bagi peringkat master. Ini kerana anda juga perlu menunjukkan competency anda dalam analisis data peringkat master. Mencari korelasi sebenarnya adalah superficial atau hanya meneroka sahaja hubungan antara variable. Tak banyak yang anda boleh bincangkan dengan koefisien korelasi yang anda perolehi. Tambahan, nilai r hanya menunjukkan kekuatan dan arah hubungan, itu sahaja.

Teori
Namun anda boleh memberikan “weight” kepada kajian anda jika anda bina soalselidik sendiri (katakan soal selidik mengukur tahap kemarahan) dengan mengupas teori psikologi yang berkaitan secara mendalam, membina kerangka teori dan konseptual yang jelas.

Validity dan realibility
Anda mulakan dengan content validation – ambil katakan 2 experts dan bincangkan feedback yang diperolehi. Lakukan pusingan kedua bagi verify pembetulan yang telah anda lakukan. Laporkan semuanya, item by item.

Kemudian lazimnya anda mengukur kesahan dalam menerusi alpha cronbach (sila baca tajuk alpha cronbach dalam blog ini).

Namun lebih baik jika anda tidak menguji hipotesis, anda boleh gunakan exploratory factor analysis bagi menyemak faktor (konstruk) yang anda dakwa mengukur apa yang anda ingin ukur. Nilai Eigen pada scree plot akan membantu anda. Kemudian factor loading membantu anda mengeluarkan item yang tidak berada dalam konstruk yang betul. Kemudian “barulah” anda boleh jalankan alpha cronbach (Likert scale) dan KR-20 (dichotomy scale) setelah anda dapat pastikan konstruk dan item yang relevan. Ambil nilai alpha bagi setiap konstruk yang berbeza.

Statistical analysis
Ada university mensyaratkan “at least “anda menggunakan t-test untuk menjalankan analisis data anda peringkat master. Dari hanya mengukur korelasi, maybe anda boleh menentukan juga perbezaan skor tahap kemarahan antara jantina atau antara pelajar berbeza pencapaian dengan ujian-t sample tak bersandar supaya analisis data anda “lebih mendalam”. Lebih mendalam lagi jika anda berpeluang menggunakan analisis ANOVA factorial misalnya. Data ini boleh diperolehi dengan soal selidik yang sama (bergantung kepada apa yang anda tanya!)

Sayugia diingatkan bahawa anda perlu jalankan EDA serta menguji semua assumption seperti kenormalan, homogeneity of variance dll.

Kesimpulan:
Master adalah peringkat yang memerlukan anda menunjukkan competensi anda dalam penyelidikan. Bukan sahaja anda menguasai literature, berupaya membentuk kerangka teori dan konseptual, tetapi berupaya menguji variable dan menganalisis data secara mendalam. Jika anda hanya membina soal selidik secara simple bagi mendapatkan korelasi…. Saya fikir kajian anda masih diperingkat thesis tahun akhir atau peringkat projek master sahaja.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...