.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, February 19, 2011

Tajuk 91: Kaedah penyelidikan dalam kajian kuantitatif

Berikut adalah ringkasan idea bagi 4 method kajian kuantitatif yang utama. Perbincangan hanya menyentuh aspek asas supaya anda dapat membandingkan method kajian yang berbeza. Anda perlu membuat bacaan lanjut bagi mendalaminya.

Kajian tinjauan (survey)
Kajian ini sesuai untuk mendapat maklumat secara umum dari kumpulan sasaran (focus group). Oleh kepada pendapat org ramai berbeza2, maka sampel yang besar diperlukan bagi mengetahui trend pendapat org ramai. Apabila melibatkan sampel yang ramai, maka instrument soal selidik lazimnya digunakan untuk mendapatkan data. Contoh kajian adalah mengkaji trend sokongan penduduk felda terhadap kerajaan.

Dua kategori tinjaun adalah kajian longitudinal study  dan cross-sectional (kajian rentas). Kajian longitudinal adalah kajian tinjauan berulang dalam satu tempoh jangka panjang terhadap satu kumpulan orang yang sama. Contohnya anda ingin mengkaji tahap sokongan kumpulan peneroka felda terhadap kerajaan maka anda jalankan ulangan 5 kali soal selidik, katakan dalam tempoh 5 tahun (1995-2000) bagi mengesan trend sokongan tersebut.

Kajian rentas pula melibatkan edaran soal selidik sekali sahaja dalam satu tempoh tertentu, tetapi terhadap kumpulan orang yang berbeza. Contohnya anda jalankan soal selidik sokongan kepada kerajaan mengikut peringkat umur. Maka anda jalankan kajian terhadap 5 kumpulan responden Felda yanhg berbeza peringkat umur iaitu kumpulan pelajar sekolah, pelajar IPTA/S , kumpulan pekerja, kumpulan  baru bersara dan warga emas.  
Korelasi antara dua beradik....


Kajian korelasi
Kajian ini mengenalpasti perkaitan / perhubungan andatar 2 atau lebih variable. Contohnya hubungan antara kekerapan melakukan senanam dengan kekerapan sakit kepala.
Kajian ini dapat dilaksanakan tanpa memanipulasi sebarang variable. Anda juga tidak mengawal apa-apa.  Anda hanya edarkan soalselidik (sebagai contoh) bagi mendapatkan, katakan data kekerapan bersenam seminggu dengan data kekerapan mendapat sakit kepala.

Jadi kajian korelasi bukanlah kajian sebab-dan-akibat (cause-and-effect) seperti IV menyebabkan berlakunya perubahan pada DV. Ini kerana anda tidak tahu sama ada kekerapan bersenam mengurangkan kekerapan sakit kepala atau kurangnya kekerapan sakit kepala menyebabkan anda selalu pergi bersenam. Mungkin juga ada factor lain yang mempengaruhi sakit kepala (sperti factor keturunan) atau kekerapan bersenama (seperti factor sibuk).

Oleh itu, kajian korelasi selalunya bertindak sebagai kajian exploratory ataupun kajian permulaan bagi mengetahui sama ada variable yang dikaji mempunyai perkaitan.

(Nota: Kajian korelasi boleh dilaksanakan dalam ANCOVA yang mana anda boleh menggunakan kajian korelasi bagi mengetahui samada terdapat perkaitan yang linear antara DV dengan kovariat. Jika ada, maka ANCOVA akan melenyapkan kesan kovariat ini.)

Eksperimen benar
Kajian eksperimen benar boleh dianggap seperti “ kajian eksperimen dalam makmal sains” dari segi prinsip asasnya.  Kajian ini membandingkan kesan rawatan ke atas DV bagi kumpulan eksperimen dan dibandingkan kesan ini dengan kumpulan kawalan yang mendapat treatment yang standard.
Contohnya anda membandingkan skor pencapaian sains kumpulan eksperimen yang diberikan pengajaran peta minda dengan skor pencapaian kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah mengajar yang standard / konvensional. Skor kumpulan kawalan bertindak sebagai skor baseline. Jika kumpulan eksperimen mendapat skor yang lebih tinggi dari skor baseline inio, maka treatment peta konsep tadi memberikan kesan berbanding skor baseline oleh kumpulan kawalan.
Dalam contoh di atas, DV adalah skor pencapaian dan IV adalah kaedah pengajaran (peta konsep vs konvensional).  

Bagi memastikan kedua-dua kumpulan adalah setara dari segi skor pencapaian sebelum dijalankan treatment, sekumpulan subjek dipilih secara rawak (random selection). Kemudian subjek dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak juga (random assignment) bagi mendapatkan dua kumpualn yang setara.

Paling baik jika dilakukan secara single-blind iaitu subjek tidak tahu sama ada mereka terlibat dalam kajian, atau menjadi mana-mana kumpulan eksperimen mahupun kawalan. Ini mengelakan kesan bias. (Double-blind pula bermaksud kedua2 pengkaji dan subject tidak tahu perkara2  yang boleh membawa kepada bias)

Quasi-Experiments
Quasi-experiments secara operasinya sama seperti kajian eksperimen benar. Bezanya tidak berlaku pemilihan dan pembahagian kumpulan secara rawak. Contohnya anda ingin membandingkan kesan peta konsep kepada pelajar lelaki dan perempuan. Quasi juga dijalankan jika anda ingin membandingkan kesan peta konsep kepada pelajar tetapi mereka perlu berada dalam kumpulan sedia ada disekolah. Anda tidak dibenarkan menggaanggu kumpulan yang sedia anda. Dalam dua kes ini, tiada unsur rawak pemilihan dan rawak tugasan dapat dijalankan. Dalam kata lain, anda menjalankan kajian eksperimen dengan kumpulan yang sudah sedia terbentuk. 


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...