.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, February 8, 2011

Tajuk 73: Silly mistakes - kesalahan dalam menulis objektif kajian

Objektif sangat penting dalam menentukan persoalan kajian. Tentu anda tahu, objektif kajian mestilah JELAS, tak boleh kabur-kabur.... Berikut adalah dua contoh objektif kajian yang pernah saya terima dari pelajar dan boleh diperbaiki lagi.... sebagai permulaan:


Contoh 1:
  1. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaan koswer berasaskan permainan komputer mampu menarik minat pelajar tingkatan 4 untuk belajar subjek Pendidikan Moral.
  2. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat perbandingan tahap kefahaman pelajar di antara pembelajaran Pendidikan Moral secara konvensional dengan pembelajaran dengan menggunakan koswer yang menarik.
Komen: 
  • Elakkan guna perkataan "melihat" sebab anda bukan melihat tetapi "menentukan sejauh manakah....."
  • Elakkan perkataan bias seperti “menarik”, ganti dengan “berasaskan permainan komputer” supaya konsisten dengan objektif pertama.
Contoh 2:
  1. Mengenalpasti tahap pencapaian matematik pelajar Tingkatan Empat yang didedahkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (permainan pendidikan).
  2. Mendapatkan maklumat berkenaan motivasi pelajar mempelajari mata pelajaran matematik dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (permainan pendidikan).
Komen:
  • Mengapa “permainan pendidikan” dalam kurungan (bracket)? Tulis sahaja "berbantu permainan komputer".
  • Mengapa objektif pertama guna "kaedah pengajaran" sahaja tetapi objektif kedua guna “kaedah  pengajaran   dan pembelajaran”. Istilah mesti konsisten.
  • Tukar objektif kedua dengan..... "Menentukan tahap motivasi pelajar......"
Cukup ler  2 contoh ini menunjukkan betapa objektif yang ringkas dan mudah, masih terdapat kesilapan silly mistakes yang boleh dielakkan. Saya bercadang nak tambah lagi contoh, tapi tak mudah nak menaip dalam blog.... Tunggu ler buku saya keluar k.... Ini belum lagi literature review.... yang berpuluh mukasurat, tentu banyak kesalahan yang akan ditemui.
Ini bukan satu silly mistake naik pelampong atas pasir...
tapi satu kreativiti !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...