.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 3, 2011

Tajuk 62: Penentuan sampel bersandar dan tak bersandar


Terdapat kekeliruan tentang penamaan kumpulan.
Bagi makluman anda, dua kumpulan bersandar (dependent sample) juga disebut sebagai:
  • Sampel padanan (matched sample) – dua sampel berlainan tapi dipadankan mengikut criteria tertentu seperti umur atau pengalaman
  • Sampel pengukuran berulang (repeated measurement) – satu sampel yang sama tetapi dilakukan dua kali pengukuran
  • Sampel berpasangan (paired sample) – dua sampel yang berbeza dibahagi dua mengikut pasangan umur atau pengalaman (sama seperti sampel padanan)
  • Sampel berkait (Related sample) – dua sampel yang berbeza tetapi dikaitkan dengan sesuatu kriteria… sama seperti sampel padanan

Kumpulan
Contoh
Ujian statistik
Satu kumpulan
40 pelajar Tingkatan Empat disebuah sekolah dibandingkan dengan populasi (tidak dikira sebagai kumpulan)
Ujian-t satu sampel
Dua kumpulan, tak berpadanan, tak bersandar
40 guru lelaki dan 40 sampel guru perempuan
Ujian-t sampel tak bersandar
Dua  kumpulan sampel padanan, bersandar, pengukuran berulang
30 pelajar diukur IQ sebelum dan selepas kursus motivasi.

30 pelajar dipadankan umur sebelum dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan.
Ujian-t sampel bersandar
Lebih dua kumpulan
60 orang dibahagi secara rawak kepada tiga kumpulan berbeza mengikut umur – Kump. A (20 – 39), B (40 – 59) dan C (>60)
ANOVA sampel tak bersandar
Lebih dua kumpulan
60 orang diuji dengan pre dan posttest.
ANOVA sampel bersandar dgn pengukuran berulang



Setiap satu nama tersebut ada konteks yang berbeza atau diforfularkan oleh orang yang berbeza. Namun ianya dilayan dengan cara yang sama dalam statistic. Natijahnya anda lah yang fening kefala….

Saya sangat memahami jika ramai pelajar "buah cempedak diluar pagar" yang sukar memahami statistik. Pemahamannya mengambil masa, sedangkan anda punya banyak kekangan..... terlalu banyak terminologi baru yang menerjah masuk dalam minda anda... sehingga tak sempat diproses.... abih camno? Itulah dugaan.....dugaan...dugaan...


Dugaan dan cabaran membesarkan anak-anak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...