.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 3, 2011

Tajuk 58: Model keberkesanan program latihan – Model Kirkpatrick

Ada sesapa yang dah grad?
Model ini sesuai untuk keberkesanan bagi satu program latihan. Model ini mempunyai 4 tahap. Berikut adalah ringkasan tahap tersebut dan cara pengukurannya:

Tahap 4 (Tahap hasil)
Apakah manfaat yang diperolehi oleh organisasi dari latihan yang dilaksanakan?
  • Semakan kualiti
  • Temuduga pegawai atasan
Tahap 3 (Tahap tingkahlaku)
Sejauhmanakah tingkahlaku peserta berubah hasil latihan yang diikuti?
  • Edarkan soalselidik penilaian kendiri
  • Lakukan pemerhatian ditempat kerja
  • Laporan rakan sebaya, sepejabat, pegawai atasan, pelanggan
Tahap 2 (Tahap pembelajaran)
Sejauhmana peserta bertambah pengetahuan dan kemahiran  setelah mengikuti latihan?
  • Ujian pre dan post latihan
  • Penilaian formatif / summative semasa kerja
Tahap 1 (Tahap reaksi)
Bagaimana peserta memberikan respon kepada program latihan?
  • Edarkan soalselidik maklum balas latihan
  • Temubual peserta
Wow… nampaknya banyak instrument yang anda kena bina dalam model ini. Jadi anda perlu sediakan instrument yang dapat memberikan data yang sesuai dengan kekangan masa dan fulus anda. Katakan anda telah bina soalselidik, tak perlu lagi anda temuduga kecualilah anda menjalankan kajian atas geran atau secara berkumpulan. Anda boleh lakukan temuduga secara berkumpulan… jimat masa dan belanja.
Faktor paling penting adalah anda perlu mendapatkan data yang mencukupi bagi anda membuat analisis dan kesimpulan. Inilah gunanya anda menyelongkar kajian terdahulu dan dapatkan satu kaedah terbaik dalam konteks kajian anda.

Gud luck....... nak bawak anak2 gi makan malam di Doll Tomyam..... hehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...