.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, January 11, 2011

Tajuk 48 - Bila nak guna ANCOVA...abis ANOVA camner pulak?

Selamat Tahun Baru Masehi 2011. Cabaran 2010 telah berlaku. Lawatan saya ke Florence (Italy) Amsterdam, Medan, Cairo dan Semenanjung Sinai (Laut Merah) sepanjang tahun 2010 byk memberi kesan mendalam. Pelajar master EDU5900 dan EDU5950 byk memberi refleksi kepada saya untuk meningkatkan pengetahuan. Bertemu dengan pelajar siswazah UKM juga memberi satu peluang bagi saya memperbaiki diri. Buat SEMUA…LUV U ALL.

Setelah hampir dua bulan tidak menulis kerana ada kesibukan hujung tahun yang lain. Kali ini saya menulis tentang ANCOVA. ANCOVA adalah gabungan pengiraan korelasi dan regresi. ANCOVA dijalankan untuk kawal faktor gangguan atau extraneous variable yang ganggu DV anda selain IV yang digunakan. Jika tiada kesan mana2 kovariat, anda boleh saje guna ANOVA satu hala jika ada IV atau ANOVA dua hala jika anda guna 2 IV.  Namun, jika ada kesan variable lain seperti IQ, kenalah anda gunakan ANCOVA. ANCOVA juga digunakan jika anda jalankan kuasi-eskperimen dengan intact group yang mana random sampel tidak dapat dilakukan bagi menghasilkan dua kumpulan atau lebih kumpulan yang tak setara. Lazimnya anda ambil skor pre-test sebagai kovariat bagi mensetarakan kumpulan intact tersebut dari aspek penguasaan dalam pre-test. Anda sebenarnya boleh mengunakan lebih dari satu kovariat dgn syarat anda ukur kovariate anda sebelum tretmen. Apabila ANCOVA menyingkirkan kesan  kovariat, ia juga menyingkirkan sebahagian kesan tretmen yang dihasilkan oleh kovariat, maka mengurangkan sedikit peluang untuk mendapat hasil yang signifikan.... namun ANCOVA meningkatkan sensitiviti dan POWER statistik anda. Ini kerana kovariat mempunyai korelasi dengan DV anda dan anda berjaya melenyapkannyer..

Timbul persoalan. Macamana nak tahu kovariat ada kesan korelasi dgn DV? Sonang bah itu! Anda hanya perlu jalankan analisis korelasi bagi membuktikan adanya hubungan LINEAR yang kuat antara kovariat dgn DV... he he....Jika nilai koefisien hanya 0.2 jer.... tak der lah kesan yang kuat bagi kovariat anda tu. Jika 0.7 ker... barulah ANCOVA anda benar2 kaw! Maka POWER bagi analisis statistik anda akan bertambah.... fuhh! Jika anda ada lebih dari satu kovariat, pastikan juga semuanya mempunyai hubungan korelasi yang linear dengan DV. Jika tidak.... POWER akan turun pulak! Macam ANOVA, anda juga ada ANCOVA satu hala (satu IV dengan lebih 2 kategori)  dan satu DV dan satu atau lebih kovariate dan ANCOVA dua hala (faktorial ler tu)..

Katakan anda membuat kajian eksperimental teknik X, Y dan Z bagi melihat kesannya kepada skor maths  kumpulan X, Y dan Z. Katakan anda kenalpasti faktor IQ mempengaruhi skor maths (maknanya ada pengaruh linear atau  korelasi faktor IQ dgn skor maths). Ingat! ANCOVA hanya untuk sampel tak bersandar kerana tujuan ANCOVA bagi mensetarakan kumpulan yang berbeza (tak bersandar) ini akibat faktor kovariat. Jika anda membuat pengukuran berulang bagi satu kumpulan yang sama, faktor kovariat sudah tidak releven lagi. Bagi kes begini, jalankan sahaja ANOVA biasa, sehala atau dua hala bergantung kepada IV anda. Sama seperti anda hanya memerlukan ujian Levene bagi kumpulan tak bersandar, untuk mengetahui samada varians kumpulan tersebut homogen mahupun tidak.  Ujian Levene tidak relevan pada kumpulan yang bersandar. Betul..betul..betul...
ANOVA ku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...