.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, December 12, 2010

Kembara di Bumi Anbiya 2

Setelah berehat, hari kedua dimulakan dengan piramid di GIZA. Walaupun dari jauh tersergam menakjubkan namum pengurusan kawasan ini agak sambil lewa... tiada informasi yang boleh dibaca sebelum memasuki kawasan piramid dengan tiket 60 LE.
Piramid dari jauh.....

Cenderamata dari piramid.... tak tergamak nak beli sebab semuanya melambangkan Firaun.... curious mana satukah Firun yang ditenggalamkan Allah di Laut Merah

Sempat melawat peninggalan kereta kebal Israel yang dimusnahkan oleh Mesir ketika menakluk semula Semenanjung Sinai.... 

Bersarapan di salah sebuah restoran kendalian anak2 Malaysia yang belajar di Cairo... apa lagi pekena nasik lemah dan roti canai ler.... sebab dinner dan lunch dan pekena nasi arab, kambing dan ikan...

Kelihatan 3 piramid dari jauh. Suasana sejuk dan kabus menyelubungi kawasan gurun di GIZA. Kesian baby Nine yang tak tahu apa2...dikendong kesana sini. 

Terlalu besar dan tinggi, tak muat lensa kamera.

Gambar dari jarak dekat..... piramid mencecah awan....pelik kerana tiada gunung berhampiran piramid tempat batu tersebut dipotong untuk membina piramid...

Pintu piramid yang dijaga rapi..

Barangan ini diperolehi dalam piramid yang menempatkan Firaun Tutankhatum dalam keadaan sempurna

Topeng emas yang menutup mumia Firaun Tutankhatum, dipamirkan dalam bilik khas di Mezium Mesir. Saya dapati buatan kebesaran, pakaian dan topeng ini sungguh halus menggambarkan teknologi masa tersebut.

Tinggalkan Firaun.... kata2 seorang ustaz di Cairo... Firaun ni menyusahkan sejak dulu hingga kini kerana jutaan manusia datang melawat seperti masih mendewa mereka (banyak Firaun dalam mezium) dari pelusok dunia. Bagi yang muslim.... ambillah sebagai pengajaran...kekayaan dan kuasa hanya berguna selagi hayat dikandung badan...


Kemudian kami melawat masjid Amru ibn Ash, masjid tertua di benua Afrika. Masjid ini dibangunkan pada 641 M / 21 H..Masjid ini sperti juga masjid Al-Azhar ada banyak tiang.... lebih banyak dari jemaah . Sangat mendukacitakan ada sahaja peminta wang yang meminta2 apabila ada pelawat yang datang.
Inilah masjid Al-Azhar yang terkenal sebagai universiti pertama didunia. Kelas2 masih digunakan untuk pengajian tidak formal kerana pengajian formal berpindah di Universiti A-Azhar bersebelahan masjid ini. Kelihatan pengunjung barat juga melawat masjid ini.
Sesuatu yang unit bila kebanyakkan masjid besar di Cairo ada ruang kosong ditengah2.... dengan marmar putih yang sejuk...
Di depan Muzium Mesir yang dikawal ketat macam nak masuk kem tentera.... layak digelar Mezium Firaun sahaja sebab semua pameran tentang Firaun dengan khazanah dari piramid... kesal tak ada pameran perkembangan Islam di Mesir

Baby Nine dihadapan Masjid Iman Syafiee.... moga jadi hafiz aminn...

Dihadapan makam Imam Syafiee.... 

Masjid Sultan yang tersergam indah... dibina 13... H, belumpun Portugis menawan Melaka

Dihadapan masjid Sultan.... dibina tinggi macam kubu tetapi sungguh indah dan mengasyikka

Rupa bentuk masjid yang tipikal kelihatan banyak di sepanjang lebuh raya dan padang pasir...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...